in

3 Kali Ganda Kelajuan Bunyi, Ini Konsep Pesawat Penumpang Dengan Tenaga Nuklear

1Pesawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali kalau kita nak travel, mesti kita akan ambil kira faktor masa perjalanan. Lagi-lagi kalau kita nak travel ke luar negara. Lagi singkat perjalanan untuk sampai ke destinasi lagi banyak aktiviti yang kita boleh buat di sana.

Mungkin impian itu akan direalisasikan dalam masa terdekat apabila konsep pesawat penumpang supersonic dengan tenaga nuklear sedang dibangunkan. Pesawat yang diberi nama The Hyper Sting itu adalah inspirasi dari seorang pereka Sepanyol, Oscar Vinals. Pesawat ini akan mampu membawa 170 orang penumpang dalam setiap penerbangan.


Screenshot 2022 10 01 At 11.45.49 Am

Teknologi tenaga nuklear yang bakal digunakan dalam pesawat itu adalah dari ‘cold fusion nuclear reactor’ yang akan memberi kuasa kepada dua enjin pesawat. Dengan teknologi ini, pesawat itu didakwa mampu melakukan penerbangan dari London ke New York hanya dalam masa 80 minit dengan 3 kali ganda lebih laju dari kelajuan bunyi.

Screenshot 2022 10 01 At 11.46.36 Am

Memetik laporan dari Daily Mail UK, pesawat ‘Hyper Sting’ adalah lebih besar dari pesawat penumpang supersonic Concorde sebelum ini. Panjang pesawat konsep ini dianggarkan kira-kira 328 kaki dengan kelebaran sayap sepanjang 169 kaki.

Screenshot 2022 10 01 At 11.46.44 AmTambah Vinals, sistem inovasi masih dalam peringkat pembangunan dan dijangka akan melakukan penerbangan sulung selepas tahun 2030.

 

Baca: TikTokers Indonesia Teruja, Tak Percaya Ada Shopping Mall Dalam KLIA2

Screenshot 2022 10 01 At 11.44.34 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.