in

FAKTA: 3 Hutan Malaysia Tersenarai Antara 5 Hutan Tertua Di Dunia

Hutan Tertua Di Dunia Malaysia

Hutan hujan adalah tempat semula jadi yang indah selain menjadi ‘rumah’ kepada beribu-ribu spesis tumbuhan dan haiwan yang unik. Malah menurut laman web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, negara kita telah diiktiraf sebagai salah sebuah daripada negara ‘mega-kepelbagaian’ di dunia yang mana Malaysia berada di tangga ke-12 daripada 17 buah negara

Hutan hujan tropika ini kebiasaannya boleh didapati di bahagian Asia, Australia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Mexico dan kebanyakan kepulauan Pasifik.

Percaya atau tidak, Malaysia sebenarnya mempunyai bukan satu tetapi tiga hutan yang tersenarai sebagai antara yang tertua di dunia. Lebih menarik salah satu daripadanya mempunyai usia dua kali ganda lebih tua dari Hutan Amazon di Brazil.

Taman Negara Malaysia Canopy Walkway

Berikut adalah senarai hutan hujan yang tertua di dunia :

5. Hutan Amazon – 55 Juta Tahun

Secara umumnya, hutan ini ‘dikongsi’ oleh beberapa buah negara iaitu Brazil (60%), Peru (13%), Colombia (10%) dan sejumlah kecil di Venezuela, Ekuador, Bolivia, Guyana, Suriname dan juga Guiana Perancis.

Walaupun bukan yang tertua, Hutan Amazon ini merupakan hutan hujan tropika terbesar dan menjadi habitat pelbagai spesis termasuklah flora dan fauna yang terancam selain menjadi tempat tinggal sebahagian besar orang asal di sana.

4. Hutan Royal Belum – 130 Juta Tahun

Alastair Driver With Rafflesia In Flower Royal Belum Perak

Taman Negeri Royal Belum yang terletak di Perak dipercayai wujud sejak 130 juta tahun dahulu dan pada asalnya diwartakan sebagai Hutan Simpan Belum pada tahun 1971.

Terdapat 4 daripada 8 spesis bunga Rafflesia di Malaysia ada di Royal Belum selain ia juga menempatkan lebih daripada 3,500 spesis tumbuhan benih yang kebanyakannya adalah endemik di kawasan tersebut selain ia tidak ditemui di tempat lain di dunia mahupun di Malaysia atau di rantau ini.

3. Taman Negara Malaysia – 130 Juta Tahun

Taman Negara merupakan kawasan pertama yang dilindungi secara rasmi di Malaysia dan diwartakan pada tahun 1938 setelah Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (ketika itu) menyisihkan sebidang tanah mereka untuk mewujudkan taman negara ini.

Pada awalnya nama Taman Negara dikenali sebagai Taman Negara King George V. Ianya diubah selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957 dan salah satu tarikannya yang paling terkenal ialah Canopy Walk iaitu jambatan gantung sepanjang 510 meter (1,673 kaki) yang dibina merentangi puncak tertinggi pokok.

Taman Negara yang berkeluasan 4,343 kilometer persegi juga merupakan tempat pilihan para pemancing terutamanya di sepanjang Sungai Keniam dan terdapat beberapa tempat popular seperti Kuala Perkai, Rincing, Rawa dan lain-lain.

2. Hutan Hujan Dataran Rendah Borneo – 140 Juta Tahun

Meliputi 3 buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia, Hutan Hujan Dataran Rendah Borneo ini dipercayai berusia 140 juta tahun.

Terdapat lebih 15,000 spesis bunga, 3,000 spesis pokok, 221 spesis haiwan darat, dan 420 spesis burung yang menjadikan kawasan tersebut sebagai habitat mereka.

Di sini juga merupakan satu-satunya tempat Orang Utan Borneo, satu daripada dua spesis Orangutan yang masih ada di dunia, boleh ditemui hidup secara liar.

1. Hutan Hujan Daintree – 180 Juta Tahun

Dianggarkan berusia kira-kira 180 juta tahun, Hutan Hujan Daintree merupakan hutan hujan tertua di dunia selain juga merupakan salah satu kawasan hutan hujan berterusan terbesar di Australia iaitu meliputi kira-kira 460 batu persegi (1,200 kilometer persegi).

Daintree Rainforest adalah ‘rumah’ kepada kira-kira 30% spesis katak, reptilia dan marsupial di Australia, 65% spesis kelawar dan rama-rama serta 18% daripada semua spesis burung.

Disebabkan usianya yang ‘tua’ tersebut, hutan ini dikatakan menempatkan 12 daripada 19 jumlah keluarga tumbuhan berbunga primitif yang terdapat di bumi.

Pun begitu, Bank Dunia menganggarkan bahawa kira-kira 3.9 juta batu persegi (10 juta km persegi) hutan telah hilang sejak awal abad ke-20 disebabkan penebangan hutan dan Malaysia juga tidak terkecuali daripada aktiviti penebangan hutan ini.

Pexels Dylan Leagh 9039782

Dianggarkan 62% spesies dipterokarpa endemik Borneo, yang merupakan tulang belakang ekosistem hutan hujan tropika Malaysia, berada di bawah ancaman.

“Banyak spesis tumbuhan tropika di Malaysia menghadapi risiko kepupusan yang tinggi akibat pembalakan, pemecahan hutan dan perubahan guna tanah” – TRCRC

Disebabkan itu, pelbagai usaha untuk memulihara semula hutan ini giat dilakukan oleh pelbagai pihak, salah satunya Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC) yang ditubuhkan pada 2012 untuk memulihkan hutan hujan tropika dan menangani kadar kritikal kehilangan biodiversiti di Malaysia.

“62% spesies dipterokarpa endemik Borneo kini terancam dan disenaraikan di bawah Senarai Merah IUCN”

Trcrc Field Team Establishes The Planting Site Before Every Planting Season

Terbaharu, TRCRC dengan kerjasama Zurich telah melancarkan inisiatif Zurich Cares yang merupakan sebahagian daripada komitmen mampan mereka iaitu “Ikrar 1.5°C” untuk mengehadkan purata suhu global sambil berusaha untuk menjadi salah satu perniagaan yang paling memberi impak positif di dunia.

Salah satu inisiatif berbilang tahun Zurich Cares dengan kerjasama TRCRC adalah untuk memulihara dan memulihkan dipterokarp sangat terancam, jarang ditemui dan terancam (ERT) di Merisuli, Sabah dan orang ramai dialu-alukan untuk turut membuat janji ikrar di sini.

Nursery At Trlc Merisuli Lahad Datu Sabah

Paling menarik, setiap ikrar yang dilakukan akan ‘menyumbang’ kepada sebatang pokok yang ditanam di TRLC Merisuli, Sabah untuk 1,000 Janji Ikrar Zurich Cares pertama. Kiranya, 1 ikrar bersamaan dengan sebatang pokok akan ditanam.

Untuk meraikan kerjasama tersebut, orang ramai dan keluarga dijemput menyertai program Zurich’s A Greener Future untuk peluang memenangi hadiah melalui gerai aktiviti dan peraduan di Tapak Semaian Taman Tugu (Taman Tugu Nursery) pada 5 November 2022, dari 8.00pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Sumber: Wikimedia
Sumber: Wikimedia
Sumber: Zurich
Sumber: Zurich