Lagi kes orang ditipu ejen pelancongan! Hey, tak serik-serik ke korang buat kerja yang tak mendatangkan rezeki halal ni ha?
Kali ini, kes terbaru membabitkan ejen pelancongan daripada Jom Hello Cuti melibatkan 23 mangsa yang ingin bercuti ke luar negara.
Ejen hilang dengan wang sejumlah RM53,000
Dalam perkongsian oleh mangsa di Facebook, ejen dikenali sebagai Aida Asaari ini telah menghilangkan diri bersama wang sebanyak RM53,000 yang telah dibayar untuk percutian mereka ke Perth, Australia.
Kesemua mangsa dipercayai telah menempah percutian bersama ejen pelancongan Jom Hello Cuti dan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak jam 9.40 malam untuk penerbangan tengah malam.
Anak kongsi pengalaman dianiaya ‘Hajah’
Geram dengan penganiayaan dialami, pengetua SMK Bawong ini membuat keputusan untuk mendedahkan perkara ini.
Kebanyakan mangsa dipercayai bekerja di SMK Methodist ACS Sungai Siput. Diorang juga turut membawa ahli keluarga untuk bercuti bersama sempena tamat persekolahan hujung tahun ini.
Salah seorang anak mangsa sempat berkongsi kisah penganiayaan dialami dia dan keluarga di akaun Twitter.
Dan nampaknya, penipuan ejen ni pun pernah terjadi pada orang lain.
Bukan penipuan kali pertama
Lebih terkejut, ini bukan penipuan kali pertama oleh ejen ni! Amboi, beraninya dia!
Menurut komen-komen daripada netizen, suspek penipuan ni juga menggunakan beberapa nama lain dan mereka juga antara mangsa ejen yang menggelarkan dirinya Hajah.
Pelik ye dengan orang yang berperangai macam ni. Dah banyak kali menipu orang, boleh pulak dia terus berniaga dan bawa muka ke mana-mana saja. Tak malu ke?
Sampai hati aniaya orang macam ni sekali. Bagi sesiapa yang dah pernah jadi mangsa penipuan dia, segeralah buat laporan ke Tribunal Tuntutan Pengguna untuk cuba dapatkan semula duit yang disonglap tu.
Baca: Lelaki Tipu Pakej Percutian Murah, Cabar Mangsa Buat Laporan Polis Selepas Dimarahi