in

23 Cedera Lepas Polis Israel Guna ‘Tear Gas’ & ‘Stun Bomb’ Pada Peserta Larian Solidariti

Israel Palestin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kekejaman rejim Israel masih belum menunjukkan titik nokhtahnya apabila mereka telah menceroboh dan melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan pegun pada peserta acara larian di timur Baitulmaqdis.

Marathon 678X455 1 E1622954537792

Lapor Berita Harian, insiden itu dilaporkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan seramai 23 peserta acara terbabit cedera akibat tindakan polis Israel.


Difahamkan, acara larian itu dianjurkan aktivis sempena solidariti bersama keluarga Palestin yang diusir dari kediaman masing-masing. Ratusan peserta menyertai acara larian itu yang sejauh 3.5 kilometer bermula di Sheikh Jarrah dan berakhir di Silwan.

Kata Hoda Abdel Hamid iaitu wartawan Al Jazeera, peserta larian itu memakai kemeja-T yang bertulis nombor ‘7,850’ yang merujuk kepada jumlah penduduk yang diusir di bandar itu.

E3Hpomgweaqya1X E1622954686986

Jelas wartawan itu lagi, meskipun acara terbabit berjalan dengan tenang, pasukan keselamatan Israel menyerang peserta larian dengan menggunakan peluru pegun untuk menyuraikan mereka.

“Warga belia yang menyertai acara itu hanya menyanyi dan bersorak gembira kerana berjaya menamatkan maraton,” katanya. 

Dalam pada itu, seorang peserta larian, Jalal Abu Khater pula memuat naik di laman sosial Twitter mengenai insiden itu. Peserta terbabit berkata dia dipukul sebanyak enam kali oleh polis Israel kerana berlari di dalam bandar itu.

Israel Palestin E1622954474295

Dalam pada itu, beberapa video yang memaparkan polis Israel memukul peserta larian terbabit juga tersebar di media sosial.

Sumber: Berita Harian

Baca: Ambil Masa 3 Tahun Bina, Rumah Lelaki Palestin Ini Bertukar Jadi Kawah Besar Lepas Dibedil Israel

Ambil Masa 3 Tahun Bina Rumah Lelaki Palestin Ini Bertukar Jadi Kawah Besar Lepas Dibedil Israel 2 E1622953162753

Sumber: Trensmap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.