Mangsa dan penduduk yang terjejas akibat insiden letupan saluran gas di Putra Heights pada awal bulan lalu dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Menurut laporan BERNAMA, kira-kira 200 penduduk mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang bertanggungjawab atas kejadian letupan berkenaan.
Difahamkan, penduduk-penduduk tersebut mempertimbangkan untuk memfailkan saman kepada pihak berkaitan agar ganti rugi dapat dituntut, lapor Harian Metro.
Perkara itu dilaporkan dibuat ketika penduduk mendengar taklimat daripada peguam Tetuan REC Legal, Farhan Ghani ketika pertemuan untuk memberi nasihat perundangan kepada penduduk terjejas.
Artikel Berkaitan: Mangsa Kebakaran Putra Heights Tolak Bantuan Asnaf RM500, Sifatkan Diri Pembayar Zakat – LZS
Artikel berkaitan: “Bilik ni jarang ditutup pintu” – Bilik Solat Terselamat Walau Rumah Rosak Teruk Akibat Kebakaran Putra Heights
Dalam masa yang sama, ada juga penduduk yang terjejas akibat kejadian itu mengatakan mereka sukar untuk menuntut pampasan insurans untuk kenderaan dan rumah mereka. Mereka meluahkan kekecewaan itu ketika sesi dialog awam di Taman Putra Harmoni bersama penduduk.
Ini kerana difahamkan, ada syarikat insurans yang meluluskan jumlah tuntutan yang rendah.
Sumber: BERNAMA, Harian Metro