in

20 Kereta Tersadai Tepi Jalan Lepas Terlanggar Konkrit Besar Di Highway Dari KLIA

Ft Batu Atas Jalan Klia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video kini sedang tular di media sosial yang telah menimbulkan rasa bimbang orang ramai apabila ada satu konkrit jatuh di tengah jalan dari KLIA menuju ke Kuala Lumpur.

Disebabkan itu, ia telah menyebabkan sebanyak 20 kereta terlanggar konkrit tersebut sampai tayar kenderaan pecah dan banyak kereta tersadai di tepi jalan.


Artikel berkaitan : Pelancong Indonesia Jadikan Bahasa Melayu Di KLIA Sebagai ‘Bahan Lawak’ Dikecam Netizen

Artikel berkaitan : Kronologi Kes Cubaan Tembak Isteri, Pengawal Keselamatan Cedera Di KLIA

Dalam video tersebut dikatakan konkrit besar tersebut terletak di kawasan selepas stesen petrol Petronas dan individu di lokasi menasihatkan agar mana-mana pengguna jalan raya di situ untuk elak daripada masuk ke barisan kanan dan gunakan barisan paling kiri.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at, mengesahkan kejadian yang berlaku malam tadi (10 September), di mana bongkah konkrit jatuh ke atas jalan.

Lebih membimbangkan ialah blok konkrit itu juga mempunyai logam yang melekat padanya, yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Bagi mengelak sebarang kemalangan lanjut berlaku, sebuah kereta peronda polis telah ditempatkan di lokasi blok itu jatuh.

Susulan itu, polis meminta sesiapa yang mempunyai rakaman kejadian untuk tampil memberikan maklumat.

Sumber : X, The Rakyat Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.