in

2 Warga Singapura Mengamuk Ditegur Isi Minyak Dalam Tong, Beri Alasan Untuk ‘Go Kart’

Ft Gaduh Minyak Warga Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh sejak semalam selepas tularnya sebuah video yang memaparkan dua orang lelaki yang didakwa berasal dari Singapura dilihat sedang bertengkar dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di Sunway Box, Iskandar Puteri, Johor.

Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang selepas tindakan mereka mengisi minyak ke dalam sebuah tong ditegur oleh seorang penghantar makanan yang sama-sama berada di tempat kejadian.


Menerusi video tersebut, turut dilihat dua orang anggota polis bantuan cuba menenangkan keadaan sebelum salah seorang lelaki itu didakwa bertindak mengeluarkan sebatang steering lock yang dikatakan cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

Screenshot 16

Korang boleh tengok video asal kat SINI.

Pertelingkahan yang berlarutan selama 10 minit itu akhirnya berjaya dileraikan oleh dua orang anggota polis bantuan yang berada di tempat kejadian.

Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memaklumkan, hasil siasatan mendapati pertengkaran itu dipercayai berpunca daripada salah faham semasa rider itu menegur lelaki warga Singapura tersebut.

355697605 600773692160188 3477474536676593170 N

Bagaimanapun, menurut pihak polis lelaki warganegara Singapura itu mendakwa bahawa tindakannya mengisi minyak ke dalam tong adalah untuk kegunaan ‘go kart’.

“Semasa kejadian, mereka (lelaki Singapura) belum lagi mengisi minyak sebelum ditegur rider dan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak,” ujarnya.

Menurut Rahmat, pengadu iaitu penghantar makanan tersebut telah tampil membuat laporan berhubung insiden tersebut, namun menarik balik laporan tersebut.

Sumber : Twitter, Kosmo!

Baca : [VIDEO] ‘Sidai’ Orang Belakang, Wanita Sempat Bersembang Lepas Isi Minyak Tanpa Alihkan Kereta

Ft Kereta Pump Minyak 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.