in

“2 suspek masih bawah umur” – 6 ‘Food Rider’ Mengaku Rogol Gadis Umur 15 Tahun di Hotel

Ft Rider

Enam lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya. Menurut MalaysiaGazette, kesemua suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan itu didakwa merogol mangsa kira-kira jam 12 tengah hari pada 2 Disember baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa membuka mulut dan telah menceritakan tentang perbuatan jijik tersebut kepada kakak kandungnya.

Mangsa mendakwa dirinya dirogol enam lelaki penghantar makanan yang dikenalinya menerusi seorang rakan perempuannya.”

Sebaik menerima laporan, pihak polis bertindak pantas untuk menjejaki dan berjaya menahan kesemua suspek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara pada 4 Disember lepas.

Ditahan

Keenam-enam suspek dilaporkan mengaku telah merogol gadis itu. Daripada enam suspek tersebut, 4 orang berusia antara 20 hingga 22 tahun manakala dua lagi berusia 16 dan 17 tahun serta tidak bersekolah.

Hasil semakan rekod lampau mendapati dua daripada suspek itu mempunyai rekod kes jenayah dan dadah.”

Akibat kejadian itu mangsa dilaporkan sedang mengalami tekanan emosi dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Cry

Suspek semuanya ditahan reman selama 7 hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun jika disabitkan bersalah.

Baca: Ditahan Ketika Cuba Rentas Negeri, Remaja 16 Tahun Dedah Kisah Dirogol Bapa Kandung Sejak Februari

Rentas