Susulan isu kontroversi yang menimpa pelakon sensasi, Ruhainies, dua sahabat baiknya baru-baru ini ada memberikan respon berhubung isu itu.
Sahabatnya yang dikenali sebagai Zahar dan Fyzal memaklumkan yang aktres itu kini lebih banyak berdiam diri susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan pelakon, Aliff Aziz.
Menurut Zahar, mereka juga ada menasihati Ruhainies agar tidak membaca komen di media sosial dan menutup ruangan itu.
Keadaan dia baik-baik sahaja, dia masih bekerja seperti biasa tetapi dia kini lebih banyak berdiam.
“Kami sebagai rakan juga menasihati dia tidak membaca dan menutup ruangan komen di media sosial. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.
“Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial,” katanya.
Malah menurut Zahar, dia yakin Ruhainies tak terlibat dalam aktiviti yang tak senonoh seperti itu.
Artikel berkaitan: “Itu pengajaran ‘hikmah'” – Zarina Zainuddin Harap Ruhainies & Aliff Aziz Tidak Digam Kerana…
Artikel berkaitan: “Kami mohon maaf” – Jenama Kecantikan ‘Censored’ Muka Ruhainies Untuk Iklan Ramadan
Rakan terkejut dapat berita Ruhainies ditangkap khalwat
Kedua-dua sahabat aktres itu juga menyifatkan Ruhainies sebagai seorang yang lemah-lembut dan terkejut apabila mendapat tahu berita yang menimpa rakan mereka.
Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu. Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.
“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan,” katanya.
View this post on Instagram
Manakala seorang lagi sahabatnya, Fyzal juga menegaskan bahawa dia dan Zahar bukanlah pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan berada bersama pelakon itu pada malam kejadian.
Namun sebaliknya ada individu lain yang sepatutnya menemani pelakon itu pada ketika itu.
Apa-apapun perkara sudah pun terjadi. Kita doakan yang baik-baik sahajalah untuk kedua-dua pihak.
Sumber: mStar, Instagram Hlive