in

2 Pelancong China Maut Kereta Dihempap Pokok & Runtuhan Bangunan Selepas Ribut Di Pulau Pinang

Syaz Ft 2024 09 19T105439.933

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenanjung Malaysia kini berhadapan dengan cuaca buruk seperti hujan serta ribut, bahagian utara tanah air antara yang paling teruk terkesan.

Terbaru, dua orang pelancong warga China disahkan meninggal dunia selepas kereta yang diletakkan di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan, Georgetown dihempap pokok tumbang serta dinding konkrit yang runtuh selepas ribut yang melanda kawasan itu.


Artikel berkaitan: [VIDEO] Dihempap Dahan Pokok, Penunggang Motosikal & Kanak-kanak Tercampak Atas Jalan

Artikel berkaitan: Pokok Besar Tumbang Hempap Kenderaan & Landasan Monorel, Seorang Dilapor Meninggal Dunia

Menurut laporan Harian Metro, mangsa seorang lelaki dan wanita dipercayai bapa dan anak yang berusia 50-an dan 30-an, mereka dapat dikeluarkan pada jam 5.15 petang iaitu selepas kira-kira tiga jam insiden itu dilaporkan berlaku.

Pegawai Zon Daerah Timur Laut Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Muhammad Syafiq Noor Azman, berkongsi pihaknya berdepan detik sukar untuk mengeluarkan mangsa kerana tempat kejadian yang sempit dan mempunyai ruang terhad untuk membawa masuk jentera serta kren.

“Kita juga berdepan cabaran cuaca tidak menentu dan kita tidak menolak kemungkinan ribut atau angin kencang yang melanda Pulau Pinang sejak kebelakangan ini menjadi punca pokok itu tumbang namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Maklumat awal yang diterima ialah mangsa baru sahaja masuk ke dalam kereta itu selepas keluar dari premis terbabit dan pemerhatian mendapati pokok sebesar kira-kira tiga pemeluk itu melekat pada bangunan setinggi dua tingkat tersebut.

Jadi apabila pokok itu tumbang, ia membawa bersama runtuhan bongkah konkrit dan menghempap tiga kereta yang diparkir di lokasi kejadian manakala dua lagi kenderaan tiada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mayat wanita malang itu ditemukan berada dalam keadaan tersepit di tempat duduk penumpang di sebelah hadapan manakala mangsa lelaki duduk di kerusi belakang.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.