Penggunaan kereta elektrik atau EV Cars semakin mendapat tempat dalam kalangan pemilik kenderaan di serata dunia sebab dapat menjimatkan wang kerana tak perlu lagi isi minyak petrol.
Namun, anda perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu bateri kereta elektrik dicas penuh. Seperti baru-baru ini, tular di media sosial tentang sebuah video tentang pergaduhan dua orang lelaki yang berebut nak cas kereta elektrik mereka.
Video pergaduhan tersebut telah dikongsikan di Facebook dan X dan ia telah mendapat perhatian warganet.
jap lagi malaysia pun mcmni kt highway pic.twitter.com/G3DODcWLHl
— Paul Tan 🚦 199 (@paultantk) November 10, 2023
Difahamkan, kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku di China.
Artikel Berkaitan: “Siapa cepat dia dapat lah” – Pengguna Kenderaan Elektrik Kecewa Tempat Pengecasan Di ‘Cop’ Kenderaan Biasa
Artikel Berkaitan: Kalau Ada 7 Perangai Ni, Korang Memang Tak Patut Beli Tesla Sebab…
Dalam video yang berdurasi selama 26 saat itu, dapat dilihat dua orang individu lelaki sedang bergelut untuk menggunakan pengecas untuk mengecas kereta elektrik mereka namun masing-masing tidak mahu mengalah sehingga terpaksa dileraikan oleh orang lain yang turut berada di lokasi tersebut.
Kedua-dua lelaki itu enggan melepaskan pengecas itu sehingga salah seorang daripada mereka terjatuh.
Walaubagaimanapun, pengakhiran pergelutan tersebut tidak dapat dipastikan dan tak tahu siapa yang akhirnya berjaya guna charger EV tu.