in

2 Dari 25 PATI Yang Bekerja Di Hospital Umum Sarawak Didapati Positif Covid-19

Ks9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan tegas Menteri Pertahanan Ismail Sabri menahan dan menghantar semula golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum ini dianggap tak berperikemanusiaan oleh segelintir masyarakat. Ini kerana ramai yang bersimpati dan beranggapan mereka hanya mahu cari rezeki untuk keluarga di kampung.


Namun, tahulah bahawa, golongan PATI ini sangat berisiko untuk menjadi ‘silent spreader’ wabak pandemik koronavirus. Mereka tiada dokumen, tiada jejak, siapa kontak rapat pun sukar untuk dijejaki. Tau-tau positif Covid-19.

Hal yang tak diiginkan terjadi seperti di Sabah kini berlaku di Sarawak. 2 pekerja buruh binaan yang berstatus PATI didapati positif Covid-19.

Petang semalam, seramai 25 PATI yang bekerja di tapak pembinaan projek bangunan tambahan Hospital Umum Sarawak (HUS) ditahan dalam operasi bersepadu. – Lapor Harian Metro

 

Ks1

Operasi dilancarkan selepas 2 warga Indonesia yang bekerja di tapak pembinaan itu didapati positif Covid-19, kelmarin.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata,

“Semua 25 PATI itu diuji COVID-19 dan diarah menjalani kuarantin.

“Siasatan lanjut kini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana begitu ramai PATI bekerja di tapak pembinaan di HUS itu.”

Operasi yang bermula 3 petang itu membabitkan anggota daripada pelbagai agensi termasuklah JPBN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Laporan mendapati kedua-dua PATI itu berasal dari Kalimantan Barat dan memasuki Sarawak secara haram menerusi sempadan di Lundu pada 12 Oktober lalu.

Mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19 di sebuah hospital swasta di Kuching sebagai syarat untuk bekerja di Sarawak.

Mereka mendapat mendapat jangkitan ketika berada di negara asal.”

Tambahnya,

“Kedua-dua kes itu dimasukkan ke HUS untuk rawatan lanjut dan siasatan lanjut masih dijalankan serta pengesanan kontak kepada kes ini juga sedang giat dijalankan.”

 

Baca : “Tutup jela sempadan negeri” – 6 Pelajar & 7 Guru di Lahad Datu SAH Positif Lepas Buat Saringan Kontak Kluster Benteng

Ks

Sumber: Sarawakvoice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.