in

2 Budak Tingkatan 1 Maut, Motosikal Bertembung Sesama Sendiri Ketika Buat Aksi ‘Wheelie’

Remaja Form 1 Maut Buat Aksi Wheelie

Dua remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika mereka membuat aksi lagak wheelie.

Memetik sumber Berita Harian, motosikal yang ditunggang kedua-dua remaja tersebut bertembung sesama sendiri dalam kejadian yang berlaku Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong Shah Alam, malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 11.20 malam. Difahamkan, kedua-dua mangsa adalah rakan dan berasal dari Kampung Kubu Gajah.

Artikel berkaitan: Tular Video Geng Rempit ‘Berjemaah’ Guna 2 Lorong Lawan Arus, Ini Puncanya…

Artikel berkaitan: Tular Video Sekumpulan Mat Rempit Jatuh Tergolek, 2 Penunggang Motosikal Maut

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di laluan bertentangan arah ketika melakukan aksi wheelie dan akhirnya bertembung secara berdepan.

“Akibat kejadian ini, kedua-dua penunggang terbabit yang berumur lingkungan 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.”

Wheelie Ni

Kes kemalangan melibatkan 2 pelajar tingkatan satu ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat penunggang motosikal lain turut bersama dengan kedua-dua mangsa yang meninggal dunia itu.

Dalam pada itu, polis memaklumkan statistik kemalangan maut disebabkan aktiviti berlumba ataupun menguji kelajuan motosikal dalam daerah Sungai Buloh telah meningkat secara mendadak untuk tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini.

Mengakui situasi ini amat membimbangkan, polis menyeru kepada ibu bapa agar lebih peka dan mengawal aktiviti anak-anak terutama sekali mereka yang di bawah umur.

Sumber: Berita Harian