in

“2 bangunan komersial, 3 kediaman mewah” – SPRM Beku Aset Luar Negara RM758 Juta Milik Isteri & Keluarga Tun Daim

sprm beku aset luar negara isteri tun daim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan semua aset luar negara milik isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keluarga bernilai £132 juta (kira-kira RM758.2 juta).

Menurut laporan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan SPRM untuk membekukan kesemua harta itu di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), bagi siasatan di bawah Seksyen 4(1) akta sama, pada prosiding secara sebelah pihak (ex-parte) hari ini.


Aset-aset itu ialah dua buah bangunan komersial di St Mary Axe dan One Crown Court, tiga kediaman mewah di Bryanston Square, Bryanston Mews dan Lancaster Gate, dua unit kediaman di Gloucester Place dan satu akaun bank CAF Bank Limited (UK) didakwa milik The Ilham Foundation.

Artikel berkaitan: “Saya sedih tidak terhingga” – Tun M Luah Rasa Sedih Pemergian Tun Daim

Artikel berkaitan: “Saya selamanya bersyukur” – KJ Dedah Pernah Dibantu Tun Daim, Jadi Penyampai Berita NTV7 Tahun 1998

isteri naimah 2048x1365 1

Perintah mahkamah itu kini akan dihantar kepada pihak berkuasa United Kingdom untuk pelaksanaan pembekuan aset itu.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar, berkaitan harta pemilikan aset bernilai tinggi milik Daim serta keluarga.

Azam berkata maklumat terbaharu menunjukkan pemilikan aset Daim, keluarga dan sekutunya tidak diisytiharkan kepada SPRM semasa siasatan pada 2023.

Setakat ini, sebanyak RM2 bilion aset dan harta milik Allahyarham Daim sudah dibekukan sejak kes disiasat pada Februari 2023.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.