in

1975: Tentera Merah Jepun Tawan Lebih 50 Tebusan Ketika Rampas Bangunan AIA, Ini Yang Berlaku…

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya cerita pengganas atau perompak ni kita tengok dekat dalam filem je. Tapi korang tahu tak, sebenarnya pada tahun 1975 dulu, Malaysia pernah diserang oleh pengganas dan dorang berjaya menawan lebih dari 50 orang tebusan pada ketika itu. Biar betul?

Sebelum wujudnya Menara Kuala Lumpur dan KLCC, Bangunan AIA yang terletak di Jalan Ampang pernah dikenali sebagai bangunan tertinggi di Malaysia. Bukan tu je, ia juga merupakan struktur yang terkenal dan dikira terpenting pada zaman itu kerana menempatkan pejabat-pejabat kedutaan termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, Sweden dan Perancis. Ha semua dalam satu bangunan, hebat tak hebat?


Krisis Tebusan Bangunan Aia 1975 Oleh Tentera Jepun Merah 6.Jpg

Krisis Tebusan Bangunan AIA 1975

Pada 4 Ogos 1975 jam 10.30 pagi, lima orang lelaki telah berjalan masuk ke dalam Bangunan AIA dan naik lif menuju ke tingkat sembilan bangunan tersebut yang menempatkan tiga pejabat penting iaitu, Kedutaan Amerika Syarikat, Kedutaan Sweden dan pejabat insurans AIA.

Secara tiba-tiba bunyi tembakan sekurang-kurangnya dua belas kali telah kedengaran menyebabkan seorang pegawai keselamatan Sukhdev Singh dan rakannya segera mengambil lif selepas mendapat panggilan mengenai “rompakan” yang berlaku di tingkat 9.

Ketika Sukhdev tiba di tingkat 9, beliau telah ditembak pada jarak dekat dan tembakan tersebut mengenai mata kanannya. Seperti yang diceritakan Sukhdev sendiri di dalam dokumentari KL Under Seige.

Ketika dia menarik saya untuk bangun, baju saya dah dipenuhi dengan warna merah dan darah menitis seperti air pancut.”

Sukhdev bernasib baik kerana masih diberikan peluang untuk hidup selepas tembakan tersebut namun menjadikan beliau buta sebelah mata.

1019

Bunyi tembakan bertubi-tubi itu kedengaran di seluruh bangunan hingga menyebabkan ratusan orang yang berada di bangunan tersebut telah melarikan diri menggunakan tangga kecemasan.

Namun bagi orang yang berada di tingkat 9, mereka terperangkap. Lima pengganas tersebut telah mengarahkan kesemua tebusan untuk duduk di dua bilik berasingan. Mereka berjaya mengumpulkan seramai 53 tebusan sebelum membuang nota dari tingkap tingkat 9 beserta bunyi tembakan.

Di dalam nota tersebut, pengganas ini telah memperkenalkan diri mereka sebagai Askar Merah Jepun (JRA).

Untuk yang tak tahu, JRA ini ditubuhkan untuk membuang kerajaan Jepun pada ketika itu, menumbangkan monarki serta mahu membuat revolusi di seluruh dunia. Organisasi ini telah pun membuat beberapa aktiviti keganasan sebelum menyerang Kuala Lumpur termasuk tembakan rambang di Lapangan Terbang Tel Aviv pada tiga tahun sebelum serangan ini yang menyebabkan kematian 26 orang di sana.

JRA telah menuntut kebebasan seramai tujuh orang ahli mereka yang sedang dipenjarakan di Jepun dan meminta agar mereka semua dihantar ke KL dengan segera. Tambah mereka lagi, jika permintaan ini tidak dilayan, orang tebusan yang mereka tahan itu akan dibunuh satu demi satu.

Krisis Tebusan Bangunan Aia 1975 Oleh Tentera Jepun Merah 3.Jpg

Hari sudah pun beransur ke malam dan kerajaan Malaysia semakin bimbang tentang pertumpahan darah yang akan berlaku sementara menunggu kata putus dari pihak berkuasa Jepun.

Pengganas JRA yang makin hilang sabar telah melepaskan beberapa tembakan sekali lagi di tingkat 9 dan tembakan tersebut mengenai seorang konstable polis Ku Ahmad sekaligus mencederakannya.

Keesokan harinya pada jam 9 pagi, kerajaan Jepun telah bersetuju untuk melepaskan tujuh tahanan JRA namun antara tujuh tahanan ini, hanya lima sahaja yang bersetuju untuk pergi. Lima tahanan ini kemudiannya dihantar menggunakan Japanese Airline dan tiba di KL di Lapangan Terbang Subang secara rasmi pada jam 7.45 malam hari yang sama. Mereka ditahan di lapangan terbang sementara pihak berkuasa Malaysia meneruskan rundingan dengan pengganas di Bangunan AIA.

6F18

Pada jam 1.10 pagi 6 Ogos, pengganas JRA mula mengalah dan melepaskan seramai sembilan dari 53 tebusan yang ditahan. Sementara itu, mereka turut membuat rancangan untuk keluar dari bangunan tersebut untuk pergi ke lapangan terbang.

Pada jam 10.15 pagi hari yang sama, pengganas ini telah mengambil seramai 15 tebusan dan cuba untuk keluar dari bangunan tersebut dengan setiap seorang dari mereka memegang bom tangan bagi memastikan tiada kejutan yang berlaku. Lima pengganas ini dan beberapa mangsa yang dipilih kemudiannya menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang Subang.

1Fef

Ketika tiba di lapangan terbang, pengganas ini telah menaiki pesawat yang sama dan bersetuju untuk melepaskan kesemua 15 tebusan dengan pertukaran lima tahanan JRA dan dua pegawai dari Malaysia.

Dua ahli politik Malaysia dijadikan tebusan seterusnya

Dua pegawai dari Malaysia yang telah dijadikan tebusan untuk menjamin keselamatan kumpulan JRA ini merupakan Dato’ Ramli Omar yang merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan pada ketika itu dan Setiausaha Agung Tan Sri Osman Samsudin.

Ketika dua hari di dalam pesawat, beberapa isu mula timbul seperti juruterbang Jepun yang teragak-agak untuk menerbangkan ahli-ahli JRA, usaha untuk meyakinkan satu negara untuk menerima ketibaan pengganas dan keengganan banyak negara untuk memberi kebenaran transit kepada kapal terbang ini.

287E

Akhirnya selepas membuat penukaran 15 tebusan dengan dua ahli politik, pesawat tersebut mula berlepas pada 8 Ogos 1975. Selepas membuat transit di Colombo dan Sri Lanka untuk mengisi minyak, pesawat ini selamat tiba di Lapangan Terbang Tripoli di Libya.

Kumpulan pengganas yang tiba di Libya ini telah dilindungi oleh diktator Muammar Gadaffi yang pada ketika itu menyokong pelbagai organisasi keganasan. Manakala pemimpin Malaysia pula dihantar pulang pada 10 Ogos 1975.

Pada tahun 2007, 32 tahun selepas serangan ini, ketua pengganas Haruo Wako telah ditahan di Jepun dan dihukum penjara seumur hidup untuk jenayah yang dilakukannya.

Turut diketahui, tujuan pengganas ini menyerang kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden adalah ekoran agenda politik mereka yang tak sehaluan.

Bagaimanapun, walaupun terdapat beberapa kecederaan ekoran tembakan-tembakan yang dilepaskan, tiada nyawa yang hilang sepanjang krisis tebusan yang pertama kali direkodkan di Malaysia ini.

Kepintaran King Ghaz

Db9D

Untuk pengetahuan korang, antara tokoh terpenting yang menjadi penyumbang terbesar dalam krisis ini adalah Tun Ghazali Shafie yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Ketika insiden ini berlaku, Perdana Menteri pada ketika itu merupakan Tun Abdul Razak manakala Mohammed Hanif Omar merupakan ketua polis negara.

Pada awalnya, Menteri Komunikasi Tan Sri Manickavasagam telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan rundingan di antara JRA, kerajaan Jepun, Sweden dan Amerika Syarikat namun tidak berhasil.

Ini membuatkan Tun Ghazali Shafie telah mengambil alih tugas untuk berunding walaupun sedang berada di Jakarta pada ketika itu.

Kepintaran dan kebijaksanaan Ghazalie yang diberikan jolokan nama “King Ghaz” ini telah menyebabkan pengganas membebaskan kesemua tahanan wanita kecuali dari kedutaan Sweden ketika rundingan pertama berlangsung.

Ketegasan Ghazali dan sikap diplomasinya juga berjaya membuatkan kerajaan Jepun bersetuju untuk membebaskan tahanan-tahanan JRA dari penjara.

Kesan Krisis Tebusan Bangunan AIA

34 tahun selepas kejadian ini, Raja Sweden iaitu King Carl XVI Gustaf telah menganugerahkan Royal Order of the Polar Star kepada Tan Sri Samsudin.

Tun Ghazali Shafie pula diberi pujian atas tindakannya yang berjaya menyakinkan banyak pihak sehinggakan insiden ini berjaya diselesaikan tanpa kehilangan nyawa.

Sukhdev Singh turut menerima pewter plaque dari Kedutaan Amerika Syarikat atas keberaniannya untuk menyelamatkan tebusan pada ketika itu.

Dahsyat kan? Korang boleh jugak tengok dokumentari pasal krisis ni dekat bawah:

Fuh, cepat sikit buat filem pasal ni. Confirm syok tengok.

Sumber: Iluminasi, YouTube

 

Baca: Tragedi Double Six: Kisah Nahas Pesawat Sabah Air 1976 Yang Meragut Nyawa Ketua Menteri & Beberapa Menteri

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.