Waktu sekolah dulu kita ada belajar tentang kisah-kisah pahlawan negeri di Malaysia ni, ingat tak? Mesti tau kan pasal kisah Rentap, Tok Bahaman, Mat Kilau dan ramai lagi. Kalau dekat Sabah pula pahlawan dulu yang ada dalam buku sejarah kita adalah Mat Salleh.
Tapi, korang pernah dengar dan tahu tak tentang kisah pahlawan yang kurang popular namun begitu berani dan hebat pada zaman dulu? Ini dia kisah Antanom, pahlawan Murut yang didakwa mempunyai kuasa sakti.
Jom kita baca tentang kisah Antanom.
Latar belakang
- Nama sebenarnya adalah Ontoros Antanom
- Antanom lahir pada tahun 1875 di Borneo Utara (kini Sabah)
- Merupakan ketua kaum Murut di Rundum
- Didakwa mempunyai kuasa sakti (boleh bercakap dengan haiwan dan pokok)
Banyak faktor jadi sebab penentangan terhadap empayar British
Ketika usia 30 tahun, Antanom telah memimpin orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Banyak faktor mengapa Antanom hilang sabar dengan SBUB dan disebabkan itu, dia telah menyeru orang ramai dan berjaya kumpul hampir seribu orang pahlawan terdiri daripada kaum Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan pada tahun 1915 untuk menentang empayar British itu. Berikut adalah faktor yang membuatkan Antanom tekad untuk melawan SBUB:
- SBUB melarang membuka tanah baru
- SBUB mengenakan cukai
- Cukai kepala (satu dolar bagi setiap orang)
- Cukai tanaman pindah (50 sen setiap ekar)
- Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak (25 sen)
- Cukai tangkapan ikan-ikan besar
- Cukai memelihara anjing (satu dolar untuk seekor)
- Jadi buruh paksa
- Orang Murut dipaksa jadi buruh kasar
- Tujuannya adalah untuk bina jalan di kawasan pedalaman & pasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum
- Menzalimi keluarga
- Suami isteri kaum Murut dipaksa tinggal berasingan (sebelah menyebelah tebing sungai)
- Kalau nak berkunjung, mereka akan dikenakan satu dolar
- Jika mempunyai 2 orang anak, salah seorang dipaksa menjadi buruh kasar
- Ceroboh kawasan hutan
- SBUB ceroboh jalan untuk bina jalan
- Kaum Murut menentang hal ini kerana mengikut kepercayaan, pencerobohan akan ganggu roh nenek moyang mereka
Terkorban ketika mempertahankan Rundum
Pihak British dikejutkan dengan kehadiran Antanom dan kesemua pahlawan yang berjaya dikumpulkannya itu di hadapan bangunan pentadbiran mereka. Antanom dan pengikutnya kemudian menyerang dengan membakar bangunan kerajaan dan kejayaannya itu telah membakar semangat orang Murut yang lain. Pengikut Antanom bertambah seramai 900 orang dan berlakunya pertempuran selama 6 minggu antara mereka dan pihak British.
Antanom juga telah membina kubu pertahanan dan pada April 1915, pihak British telah hantar 400 orang tentera dilengkapi dengan senjata api untuk menyerang balas. Meskipun hanya menggunakan senjata asas seperti sumpitan, pedang dan lembing namun semangat mereka tidak hilang.
- Pihak British memasang perangkap dengan menawarkan rundingan damai.
- Ketika dalam perjalanan untuk bertemu, rupa-rupanya tentera British telah mengepong Antanom dan pengikutnya,
- Antanom dan ramai pengikutnya terkorban
- Penentangan itu dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’
Kesan Penentangan
Selepas kematian Antanom, pihak British telah:
- Mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom termasuklah dipaksa menjadi buruh kasar
- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
- SBUB arahkan orang Murut melafazkan sumpah setia bagi mengelakkan kebangkitan di masa akan datang
Sumber: Twitter, Tokoh Tokoh Pejuang Sabah, Wikipedia
Baca: Perang Saudara Somalia: Kisah Tentera Malaysia Selamatkan Tentera Amerika