in

190 Rumah Yang Terkesan Dengan Kebakaran Di Putra Heights Kembali Diduduki Semula

ft putra heights

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 190 buah rumah yang terjejas akibat letupan saluran paip gas di Putra Heights boleh diduduki semula.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata terdapat 12 agensi sahabat teknikal termasuklah pasukan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan kerja siasatan, pemulihan dan penilaian bagi kawasan yang terjejas.


Artikel berkaitan : Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Sahkan Tiada Kesan Gangguan Fizikal Pada Paip

Artikel berkaitan : Kebakaran Gas Putra Heights: Airbnb Tawar 78 Kediaman Sementara Untuk Mangsa

Selain itu agensi yang terlibat adalah, Petronas; Koridor Utiliti Selangor (KUSEL); Air Selangor; Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); Jabatan Kerja Raya (JKR); Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ); Indah Water; Telekom Malaysia; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Screenshot 2025 04 10 161228

“Setakat semalam (Rabu), sebanyak 487 rumah yang terjejas telah diperiksa. Daripada jumlah itu, sebanyak penghuni 328 unit rumah sudah dibenarkan kembali ke rumah mereka, manakala rumah yang telah diduduki adalah sebanyak 190 buah rumah.”

Tambah Hussein lagu, buat masa ini ada 306 buah rumah yang terjejas dan telah mendapat bekalan elektrik daripada TNB. Malah, pihak polis juga ada menerima 741 laporan berkaitan dengan insiden ini.

Screenshot 2025 04 10 161255

Op Gas, yang telah memasuki hari sembilan semalam, dilaksanakan dengan kekuatan 697 orang daripada 18 agensi.

“Secara keseluruhan untuk kekuatan PDRM termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) ialah seramai 169 orang.

“Pihak PGA masih membuat kawalan keselamatan 24 jam di kawasan yang terjejas untuk memastikan harta benda yang ditinggalkan mangsa dalam keadaan selamat.”

Screenshot 2025 04 10 161313

Akibat kebakaran ini, dianggarkan kerosakan sebanyak RM65.4 juta termasuk kos untuk pendawaian.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ada menyatakan sebelum ini bahawa tindakan pantas daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah berjaya menyelamatkan aset yang bernilai RM 285.9 juta.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.