in

19 Tahun Jalin Hubungan, Michelle Yeoh Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan Dari Perancis

Michelle Yeoh Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya berkahwin dengan kekasihnya iaitu Jean Todt selepas 19 tahun mengikat tali pertunangan.


Berita mengenai perkahwinan pasangan ini telah dikongsikan oleh bekas pelumba kereta Formula One, Felipe Massa menerusi hantaran di Instagram.

“Selamat berkahwin, Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Felipe Massa (@massafelipe)

Jean, 77, dan Michelle, 61, telah bertemu buat pertama kali di Shanghai pada tahun 2004 ketika acara Grand Prix Shanghai di mana Ratu Cantik Malaysia pada 1983 itu sedang melakukan publisiti untuk jenama kereta Ferrari, manakala Jean pula adalah Pengurus Besar ketika itu.

Pada tahun yang sama selepas sebulan berkenalan, Jean melamar Yeoh untuk menjadi isterinya pada 26 Julai 2004 dan lamarannya telah diterima.

Selepas genap 19 tahun, pasangan ini akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka pada 27 Julai 2023 di Geneva, Switzerland dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Michelle yang meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, Mac lalu pernah berkongsi, Jean membantu menghalau petugas membersihkan pentas pada acara itu kerana melayan Yeoh dengan buruk.

Michelle sebelum ini berkahwin dengan ahli perniagaan dari Hong Kong, Dickson Poon pada 1988, bagaimanapun berpisah pada 1991.

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh dan Jean!

Baca: Michelle Yeoh Cipta Sejarah, Jadi Wanita Asia Pertama Tercalon Anugerah Oscar Lepas Hampir 1 Abad
Michelle Yeoh Oscar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.