Masih belum reda dengan Covid-19 yang telah memberi kesan di seluruh dunia, wujud pula satu virus yang dikatakan jauh lebih bahaya.
Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.
Menerusi Astro Awani, Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.
Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.”
Kata kedutaan itu lagi pihak jabatan kesihatan negara kini sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, bagaimanapun ia masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut.
Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Dikatakan terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Pada bulan Jun Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu lagi.
“Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan.”
Malah, menurut laporan agensi berita Kazinform, terdapat 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia yang dimasukkan ke hospital saban hari.
Malah,1,700 kes pneumonia yang dikesan di seluruh negara pada waktu itu menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Sebelum ini, Kazakhstan ada melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.
Pun begitu, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara tersebut.
Baca : Pakar Italy Dakwa Virus Covid-19 Semakin Lemah, Kita Tak Perlukan Vaksin?