in

“17 jam tahan sakit” – Ibu Terkilan Bayi Meninggal Dalam Kandungan, Bidan Kata Bayi Malas Gerak

Ft Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada apa yang paling menyedihkan buat seorang ibu selain daripada kehilangan cahaya matanya, apatah lagi jika zuriat itu merupakan yang pertama dan tidak sempat menimangnya.

Seorang ibu yang dikenali sebagai Adinda tidak mampu menahan rasa sebak apabila anak dalam kandungannya disahkan pergi menghadap ilahi akibat sikap ‘sambil lewa’ seorang bidan.


 

“Bayi tu malas bergerak” – Bidan

Adinda menjelaskan detik perit buat dirinya ini ketika dia mendapatkan khidmat bidan menerusi TikTok miliknya.

Menurutnya bayi dalam kandungan itu tidak bergerak dan langsung tidak memberikan respon. Setelah ditanya, jawapan yang diberikan oleh bidan itu telah membuatkan hatinya jadi makin tak sedap hati.

 

@adinda.frmll

Bu bidannya bikin trauma😭💔💔 #iufd #pejuanggarisdua

♬ happier than ever by billie eilish – rwn.🦇

Katanya, bidan tersebut menyatakan bahawa bayinya itu malas bergerak, Adinda terus ke pusat perubatan untuk membuat pemeriksaan. Dia mendapati bahawa bayi dalam kandungannya itu dalam keadaan lemah.

“Jururawat suruh aku lahirkan sendiri dan dia kata kalau contraction memang macam tu. Jadi bila anak dah keluar sendiri, baru panggil dia. Sedangkan ketika itu anak dalam kandungan  sudah meninggal. Pada pukul 3 pagi, pembukaan dah lengkap. Masa itu aku dah tak ada tenaga dan penat.”

Lebih meruntun hati lagi, anak syurga itu tidak dapat diselamatkan. Adinda pada waktu itu menyatakan bahawa dirinya begitu lemah. Adinda mengatakan bahawa jururawat yang bertugas mula panik apabila melihat keadaanya sebelum doktor mengeluarkan bayi dalam kandungan tersebut.

Masih trauma melahirkan bayi yang sudah meninggal di dalam kandungan dengan induksi selama 17 jam.

@adinda.frmll

sakit bgt kalo di inget2😢 #fyp #pejuanggarisdua

♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap nasib Adinda dan turut sebak apabila melihat video ini.

Baca : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

Meninggalbauasaprokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.