Sebuah akurium berbentuk silinder yang terbesar di dunia dilaporkan telah pecah dan 1,500 ekor ikan yang berada di dalam akuarium tersebut turut terlepas.
Memetik laporan BBC News, akuarium gergasi yang berada di lobi hotel Radisson Blu di Berlin, Jerman itu pecah pada pagi Jumaat semalam dan ia telah menyebabkan dua orang cedera akibat terkena serpihan kaca akuarium yang jatuh.
the huge Berlin aquarium burst overnight. It housed 1,500 tropical fish in 1 million liters of water at the center of Berlin https://t.co/Z34DRYQhvW pic.twitter.com/1PNRyHyJhK
— Tom Warren (@tomwarren) December 16, 2022
Air dari akuarium setinggi 15.85 meter itu juga telah mengalir hingga ke luar hotel.
Tetamu-tetamu hotel tersebut kemudiannya telah dipindahkan keluar pada jam 5.50 pagi.
Difahamkan, ratusan ikan yang terlepas dari akuarium yang menempatkan lebih 100 spesies ikan itu telah mati.

Walau bagaimanapun, menurut pegawai bomba, masih ada beberapa dozen ikan yang sempat diselamatkan dan ia telah diletakkan di dalam akuarium lain.
Difahamkan juga, pihak penyelamat juga sedang berusaha untuk menyelamatkan lebih kurang 400-500 ekor ikan yang berada di dalam akuarium yang lebih kecil di lobi hotel itu kerana tangki-tangki tersebut telah mengalami masalah kekurangan oksigen akibat kejadian itu.

Menurut salah seorang saksi iaitu Paul Maletzki yang sedang tidur di biliknya di tingkat empat ketika kejadian berlaku, dia terjaga gara-gara terdengar bunyi dan gegaran yang kuat.
Apabila dia melihat ke lobi bawah, dia ternampak air mengalir di kawasan tersebut.
Bro what the fuck the fish tank of my hotel just exploded in the middle of the night WHATS GOING ON. #radissonblu #Berlin #aquarium #Explosion pic.twitter.com/Od8iS9YxBN
— Niklas Scheele (@niklas_scheele) December 16, 2022
Untuk pengetahuan semua, akuarium tersebut yang mengandungi lebih sejuta liter air itu telah mendapat anugerah Guinness World Record sebagai akuarium silinder terbesar di dunia.
Sumber: BBC News

