in

15 Tahun Hidup Dalam Buangan, Bekas PM Thailand Dipenjara 8 Tahun Lepas Pulang Ke Tanah Air

Thaksin Ditahan Reman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hukuman penjara lapan tahun dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra oleh Mahkamah Agung Thailad baru-baru ini sekembalinya bekas perdana menteri itu ke negara berkenaan selepas 15 tahun hidup dalam buangan.

Menurut satu kenyataan, Mahkamah Agung berkata hukuman itu dijatuhkan tanpa kehadiran Thaksin.


Thaksin dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun kerana meluluskan pinjaman daripada Export-Import Bank of Thailand (EXIM Bank) untuk satu projek telekomunikasi kepada kerajaan Myanmar.

71692680906 Tbthaksinshinawatra

Selain itu, dia juga turut dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun bagi kes berkaitan keputusan skim loteri kerajaan dan terakhir, lima tahun penjara kerana mengubah kontrak bagi syarikatnya, SHIN Corp, dengan niat untuk memberi kelebihan kepada syarikat itu.

Pun begitu, hukuman yang dijatuhkan kepada bekas perdana menteri berkenaan dikurangkan kepada lapan tahun kerana dijalankan serentak.

Thaksin, 74, kemudian telah dibawa ke Penjara Reman Bangkok.

Sementara itu, sekumpulan penyokong Thaksin telah berkumpul di luar pekarangan penjara tersebut untuk melihat bekas perdana menteri itu.

Terdahulu, Thaksin yang kembali ke Thailand buat pertama kali sejak 2008, tiba di terminal jet peribadi Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.

Dalam pada itu, anak perempuannya, Paetongtarn yang juga merupakan salah seorang daripada calon perdana menteri dari Parti Pheu Thai memuat naik gambar Thaksin bersama ahli keluarnganya dan tujuh cucunya di laman sosial Facebook.

Kepulangan Thaksin tersebut bertepatan dengan pengundian untuk memilih perdana menteri baharu pada Selasa, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Parti Pheu Thai, sebuah parti yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Thaksin, mengetuai gabungan 11 parti, termasuk dua parti yang disokong oleh tentera dalam usaha untuk membentuk kerajaan dan menamatkan kemelut politik.

Baca : “Saya tak malu”- [VIDEO] Bapa Rela Datang Sekolah Berpakaian Wanita Sambut Hari Ibu Bersama Anak

Bapa Berpakaian Wanita

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.