Food truck kini sudah popular dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia juga pelancong dari luar. Makin lama makin banyak food truck dan tak kira apa sahaja makanan mereka jual, pasti kita rasa nak cuba! Ada yang bertapak di satu tempat sahaja dan ada juga yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain setiap hari. Ini 15 food truck yang anda perlu cuba di Lembah Klang! 😀
Nota: Check out Facebook mereka untuk update tentang lokasi dan maklumat lain.
1. La Famiglia
Mereka bertapak di TTDI dan terkenal dengan pasta. Jika anda dilema untuk memilih carbonara atau bolognese, cuba ‘The Boss’. Spageti yang dihidang bersama kedua-dua jenis sos dan yang penting, harga makanan yang dijual affordable k!
Lokasi: Pinggiran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail
2. Little Fat Duck
Sudah mempunyai beberapa cawangan termasuk di pusat beli belah 1Utama, Tropicana City Mall dan The Gardens Mall. Namun, perniagaan food truck mereka masih berjalan seperti biasa di SS15, Subang Jaya. Jangan keliru dengan namanya, itik tidak dijual atau menjadi bahan di dalam makanan di Little Fat Duck ini.
Lokasi: Jalan SS 15/4D, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
[sociallocker id=1666]
3. Burger Giler Power
Penduduk di sekitar kawasan Melawati dan Ampang boleh cuba burger di sini. Memang da bomb! Antara yang popular adalah Classic Cheese Burger, Cajun Chicken Burger dan Chief Burger (kombinasi daging dan ayam). Oh, mereka guna charcoal bun buatan sendiri okay!
Lokasi: Near 4 Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Melawati, Kuala Lumpur
4. The Laughing Monkey
Ibarat kafe bergerak, anda boleh dapatkan kopi panas atau sandwich di The Laughing Monkey ini. Tidak bertapak di satu tempat sahaja tetapi mereka selalunya berada di Menara Millenium, Jaya One dan Damansara Uptown.
Lokasi: Anda boleh check Facebook mereka untuk lokasi
[/sociallocker]
5. Cowboy Food Truck
TTDI, TAPAK dan Taylor’s University adalah antara tempat anda boleh jumpa food truck ini. Mereka berada di berlainan tempat mengikut hari dan jadual yang ditetapkan. Terkenal dengan ‘American-style’ BBQ. Jangan risau, ditanggung halal!
Lokasi: Anda boleh check Facebook mereka untuk lokasi
6. Babarittos Delight
Walaupun pasta dan burger dijual di sini tetapi burito adalah item best seller menjadi pilihan pelanggan. Dengan truck unik berwarna kuning seakan-akan bas sekolah, ia berjaya menarik perhatian ramai yang berada di kawasan sekitar dan Buttermilk Chicken Burito adalah salah satu yang perlu anda cuba!
Lokasi: PV16 Condominium, Danau Kota, Setapak (berdekatan Hospital Columbia Asia)
7. Flaming Wheels
Pada mulanya dibuka untuk Pertubuhan Make-A-Wish, tetapi Flaming Wheels mendapat populariti bukan sahaja kerana rupa truck yang menarik malah makanan tempatan dan antarabangsa yang dijual juga mula menarik perhatian ramai pelanggan.
Lokasi: TAPAK, Jalan Ampang / TTDI (berdekatan Shell)
8. Curbside Cantina
‘Makanan Mexico tepi jalan’. Itu lah gelaran yang sesuai diberikan untuk Curbside Cantina. Diusahakan oleh pasangan suami isteri, Chicken Quesa-Tacos, Fish Tacos dan Beef Tacos adalah antara yang anda perlu cuba selain churros mereka.
Lokasi: Anda boleh check di Instagram mereka untuk lokasi
9. Negative Celsius
Berbeza dengan yang lain, Negative Celsius popular dengan macaroon ice cream sandwich. So, kalau tiba tiba tekak nak sesuatu yang manis, boleh lah cuba. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis toppings anda boleh pilih untuk ‘sandwich’ anda.
Lokasi: PV128, Setapak
9. The Boys Food
Anda pasti akan jatuh cinta dengan Crispy Chicken Burger, Sloopy Fries dan Double Cheese Burger dari mereka. Dengan lelehan cheese dan sos yang lain sudah cukup buat anda tak tahan untuk cuba.
Lokasi: Dataran Wangsa, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
10. Royal Post
Selain truck dan packaging yang cantik, kopi yang dijual Royal Post memang menjadi pilihan terutama bagi mereka yang mencari sesuatu untuk menghilangkan rasa mengantuk. Sandwich juga boleh didapatkan di sini dengan pilihan 3 jenis roti, Panini, Oregano atau Charcoal.
Lokasi :G02 Ground Floor Block C, Damansara Intan, 47400 Petaling Jaya
11. SpagMe
Beroperasi seawal 7.30 pagi, SpagMe menghidangkan sarapan pagi buat mereka yang bekerja di sekitar Jalan Dungun dan pelajar HELP University. Mempunyai 7 jenis menu yang berbeza, kami cadangkan anda cuba Spag Tempura Fish!
Lokasi: Jalan Dungun / Pusat Bandar Damansara
13. Wheeloaf
Seperti bakeri bergerak, Wheeloaf menjadi pilihan kerana rotinya yang rangup dimakan bersama ayam/daging, salad dan semestinya cheese. Antara yang anda boleh cuba di sini adalah Gargasm Madness, Beef Panini dan The Great Dan!
Lokasi: Jalan SS21/1A, Petaling Jaya / Damansara Uptown
14. OMFJ!
Anda mahukan sesuatu yang ‘healthy’? OMFJ (Oh My Fruit Juice) menjual jus buah segar bermula dengan harga RM8. Truck mereka dapat dilihat di beberapa kawasan di sekitar Petaling Jaya dan Damansara.
Lokasi: Mutiara Damansara / Pusat Bandar Damansara / Millenium B2 Carpark / Jaya One
15. Guac!
Menjual makanan Mexico, burito dan tacos adalah kepakaran Guac! Selain daging, ayam dan ikan, anda perlu cuba Beef Burito dan Shrimp Tacos di sini. Takkan menyesal punya beb!
Lokasi: TTDI / Damansara Uptown
– Dipetik dengan izin daripada World of Buzz