Bila sebut pasal Korea, automatic teringat pada Kpop dan drama Korea. Tapi sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan negara tu. Salah satunya adalah produk skincare dorang yang patut diberikan pujian.
Bila tengok kulit orang Korea, jeles betul lah! Kulit sekata, halus dan mulus. Untuk ada kulit persis orang Korea ni, kami cadangkan 13 produk skincare Korea yang dijual di Malaysia sesuai untuk jaga kulit yang terdedah dengan cuaca panas.
1. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
Mask muka ni antara best seller dekat Innisfree dan dapat banyak review yang bagus daripada pengguna. Mask ni ada enam benefits antaranya boleh kecutkan pores, kawal minyak muka, and cerahkan tona kulit. Apa bahan dalam ni? Macam nama dia, mask ni dibuat daripada bahan mineral yang dilepaskan dari gunung berapi di Jeju.
2. Cosrx One Step Pimple Clear Pad & Centella Blemish Cream
Kalau korang ada masalah jerawat, ini memang recommended. Bahan natural dalam ni boleh buang segala kekotoron dalam kulit sekaligus boleh elak tumbuh jerawat. Pimple clear pad ni pun senang nak dibawa ke mana-mana sebab dalam bentuk cotton pad. kalau tak nak guna ni, boleh guna blemish cream tu. Tepek je kat jerawat, besok hilang!
3. Klairs Freshly Juiced Vitamin C Drop
Ok ni memang recommended gila babeng girls! Serum ni memang power tau! Dia boleh ratakan kulit, hilangkan kedutan dan akan hilangkan capuk-capuk bekas parut kat muka korang. Dalam dia ada 5% vitamin C. Kalau korang kulit sensitif sekali pun, korang still boleh pakai serum ni. Tak ada masalah!
4. Banila Co Clean It Zero
Kalau korang ni jenis pakai mekap, korang sure ke cleanser korang tu boleh betul-betul bersihkan mekap dari muka korang? Kalau tak sure, meh try Banila Co Clean It Zero ni, dia boleh bersihkan sisa-sisa mekap dari kulit wajah walaupun mekap tu waterproof! Produk ni pun tak keringkan muka dan boleh kecilkan pores.
5. Innisfree Blackhead Balm
Ni memang bagus untuk korang yang dah menyampah tengok blackheads bersepah kat hidung dan muka korang. Nak guna ni senang je, korang ambik sikit pastu urut kat kawasan yang ada blackheads. Nanti korang nampak blackheads keluar dan ada kat jari korang. Tapi benda ni kena istiqamahlah pakai. Baru lebih berkesan.
6. Laneige Water Sleeping Mask & Lip Sleeping Mask
Kalau korang ada kulit kering, atau malam tidur pakai aircond, make sure korang pakai Laneige Water Sleeping Mask ni. Confirm besok pagi, muka lembut, takde tompok kering dan segar je. Lip sleeping mask pun penting pakai especially kalau bibir korang asyik merekah. Ni wajib korang pakai lagi-lagi dengan cuaca panas kat Malaysia ni.
7. Klairs Supple Preparation Toner & Midnight Blue Calming Cream
Ini antara toner yang bagus lagi-lagi kalau korang ada kulit kering. Toner ni boleh melembapkan kulit muka dan neutralkan kekotoran pada muka. Produk bebas alkohol ni sangat gentle dan sesuai sangatlah untuk orang yang kulit sensitif. Krim tu pulak sangat bagus nak hilangkan merah-merah kat muka dan memang sesuai sangat untuk kulit berminyak, berjerawat dan sensitive skin.
8. Skinfood Royal Honey Propolis Essence
Banyak orang recommend ni especially kalau korang ada kulit kering. Tekstur dia sangat pekat tapi dia cepat gila meresap kat dalam kulit. Produk ni bukan takat guna lebah yang biasa-biasa tau. Dia guna lebah hitam yang memang sesuai untuk korang yang ada sensitive skin. Essence ni kena pakai selepas toner dan sebelum serum.
9. Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser
Cosrx memang banyak dapat sambutan sebab produk dorang memang bagus. Antara yang bagusnya ialah cleanser ni korang boleh pakai bukan takat nak bersihkan muka tapi untuk exfoliate, control minyak muka, kecilkan pores dan buang mekap dari muka. Yang bestnya, cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit.
10. Benton Snail Bee High Content Skin Toner
Toner dari jenama Benton ini dapat bantu baiki kulit yang rosak, melembapkan dan meratakan kulit muka. Selain tu, bila korang pakai ni, nanti kulit yang merah-merah tu akan makin kurang. Yang bestnya toner ni takde bau langsung dan sesuai dengan yang kulit sensitif dan kering lepastu boleh bantu kurangkan jerawat.
Semua produk yang dicadangkan ni takdelah korang pakai sekali dah cantik macam Song Hye Kyo tu. Semua pun ambil masa dan tengok keserasian dengan kulit korang serta seberapa kerap korang pakai. Apa-apapun, tak salah mencuba kan?
Jom try!
Baca: Inilah Produk Penjagaan Kulit Lokal Yang Bagus di Malaysia. TANPA MERKURI, TANPA PARABEN!