Seperti flashback ke tahun lepas, rusuhan di stadium menyebabkan kematian tahun ini berlaku sekali lagi di El Salvador.
Tragedi yang berlaku di Stadium Bola Sepak El Salvador, San Salvador itu meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa ketika perlawanan antara Alianza FC dan Club Deportivo FAS.
Menurut New Straits Times, kedua-dua kelab itu bermain pada pusingan kedua perlawanan suku akhir playoff di San Salvador, perlawanan kemudiannya dihentikan selepas rempuhan berlaku di bahagian tempat duduk umum.
Stadium itu adalah salah satu stadium terbesar di Amerika Tengah dan mempunyai kapasiti lebih daripada 44,000 penonton dalam satu masa.
Presiden El Salvador, Nayib Bukele berkata, Polis Awam Negara dan Pejabat Peguam Negara akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kejadian di stadium itu.
La @PNCSV y la @FGR_SV realizarán una investigación exhaustiva de los hechos ocurridos en el Estadio Cuscatlán.
Todos serán investigados: equipos, directivos, estadio, boletería, liga, federación, etc.
Sean quiénes sean los culpables, no quedarán en la impunidad.
— Nayib Bukele (@nayibbukele) May 21, 2023
Difahamkan, tragedi itu dilaporkan berlaku apabila sebilangan besar peminat cuba memasuki venue selepas pintu pagar ditutup dan ada pegawai mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menjual tiket palsu.
Terdapat beberapa rakaman video yang dikongsi oleh media tempatan menunjukkan peminat bola sepak cuba merobohkan penghadang di pintu masuk stadium.
Kes ini sedang disiasat dan menurut presiden El Salvador tiada pihak yang akan terkecuali, sesiapa pun yang bersalah, mereka tidak akan terlepas dari hukuman.