in

“12 kali lebih tinggi berbanding gaji minumum rakyat” – Gaji Menteri Di Malaysia Lebih Tinggi Daripada Negara Lain?

Minister Salary

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mei lepas, Syed Saddiq ada dedahkan di akaun media sosialnya berapa pendapatan sebenar seorang menteri dalam sebulan dan ia mengejutkan rakyat Malaysia.

 

Sehingga sekarang, saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri terlibat dalam rasuah. Gaji tinggi, elaun tinggi. Dan itu tidak dikira dengan pembayaran one-off yang diterima. “Syed Saddiq.

Syed

Pendek kata, seseorang menteri itu memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM55,000 untuk jawatannya dan sebagai anggota parlimen (insentif tambahan tidak termasuk) ada terima lagi  RM70,000 untuk percutian tahunan.


Malah, ada lagi RM180 untuk makanan dan minuman harian, dan RM10,000 lagi untuk elaun berpindah ke rumah. Bahkan ada pembayaran one-off  jika diberhentikan daripada menyandang jawatan menteri.

Sebagai anggota parlimen itu sendiri, boleh memperoleh sehingga RM31,000 sebulan, tidak termasuk semua elaun, faedah, dan pembayaran secara one-off.

Kes politik di Malaysia selalu menjadikan topik popular. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  telah mendedahkan pendapatan tertinggi bagi kalangan menteri di Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah mendahului senarai dengan gaji RM93,841.65 sebulan.

Dalam pada itu, Ekonomi Rakyat telah melakukan perbandingan dan mendapati bahawa menteri Malaysia memperoleh gaji yang jauh lebih tinggi berbanding menteri di negara lain.

Gaji Menteri 1024X1024 1

Sebagai contoh, menteri di Malaysia diberi RM178,000 untuk setahun, iaitu 12.4 kali ganda daripada gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan untuk rakyat iaitu RM14,400 setahun.

Manakala di negara maju lain seperti United Kingdom, menteri hanya memperoleh GBP79,754 setahun, yang hanya 4,6 kali lebih tinggi daripada gaji minimum rakyatnya, GBP17,077.

Sebaliknya, negara jiran, Indonesia, membayar menterinya Rp233.680.000 setahun, lima kali lebih tinggi daripada gaji minimum penduduk di Jakarta (Rp50.400.000 setahun).

Susulan itu, menurut Ekonomi Rakyat, kerajaan Malaysia harus merancang untuk menurunkan gaji menteri atau menaikkan gaji minimum rakyat dalam Belanjawan 2021 yang akan datang.

 

Baca : “Elaun pinggan & mangkuk RM 42 K”- Netizen Terkejut Tengok Jumlah Gaji & Elaun Menteri Yang Didedahkan Syed Saddiq

Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.