Semalam, seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di simpang empat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu.
Nahas itu berlaku berlaku kira-kira jam 1.38 tengah hari yang menyebabkan mangsa, Syakirah Hanan Mazli, 25, tersepit dalam kereta jenis Perodua Viva dipandunya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila Syakirah yang berasal dari Johor dalam perjalanan ke Jalan Bukit Kecil, membelok ke kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau di simpang empat tersebut.
Namun pada masa yang sama, sebuah kenderaan Honda Jazz yang dipandu seorang lelaki didakwa memecut ketika menuruni jalan berbukit dari arah bandar raya ini sehingga melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh kenderaan mangsa.


Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 1.39 tengah hari dan pasukan itu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam keretanya.
Mangsa yang sudah meninggal dunia, berjaya dikeluarkan dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Mohd Salleh Abdullah.
Artikel berkaitan: Lelaki Maut Dalam Kemalangan, Motosikal Hilang Kawalan Ketika Dikejar Anjing
Artikel berkaitan: “Tak sempat arwah merasa barang hantaran” – Baru Sebulan Kahwin, Pengantin Lelaki M*ut Kemalangan
Jenazah mangsa selamat dikebumikan
Usai proses bedah siasat kira-kira 10.45 malam, jenazah Allahyarhamah Syakirah Hanan Mazli kemudian tiba di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah sekitar jam 11.10 malam untuk disolatkan.
Jenazahnya kemudian dibawa ke tanah perkuburan dan dikebumikan kira-kira jam 12.30 tengah malam dengan kehadiran hampir 1,000 orang ahli keluarga, saudara-mara, rakan serta penduduk setempat.
Bapa Allahyarhamah, Mazli Yusoh, 51 meluahkan rasa syukur kerana keadaan jenazah anaknya sempurna dan urusan pengebumian berjalan dengan lancar.
View this post on Instagram
Saya bersyukur kerana urusan pengebumian dipermudahkan dan jenazah anak saya selamat dikebumikan.
“Alhamdulillah, jenazah anak sangat comel, hanya lebih kepada kecederaan dalaman dan hanya sedikit cedera pada wajah,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
Mazli juga memberitahu, Syakirah telah mengikuti kelas di UniSZA pada hari Jumaat dan Sabtu bagi pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari.
Manakala pada hari Ahad hingga Khamis pula, anaknya bekerja sebagai guru tadika di sebuah tadika swasta di Batu Buruk.

Dalam seminggu memang tidak ada masa untuk dia berehat. Dia pernah beritahu penat dan kini Allah panggil dia untuk berehat,” kata bapanya lagi.
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian
