Resam dunia. Sebab itulah kata orang, kadang-kadang kita berada di atas, adakalanya kita berada di bawah. Tapi apa pun situasi yang menimpa bekas PM kita sekarang, admin boleh katakan ia adalah aturan yang sudah ditetapkan Tuhan.
Bagi yang tak tahu, esok merupakan hari perbicaraan kes rasuah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula (3 April 2019). Kes yang akan dibicarakan sekitar jam 2 petang ini adalah antara kes yang menjadi sebutan ramai, bukan saja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa juga.
![najib razak high court 2103 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/04/najib_razak_high_court_2103_1.jpg)
10 tahun lalu diangkat jadi PM, 10 tahun kemudian…
Menerusi perkongsian wartawan bernama Sumisha Naidu di Twitter, gambar yang jelas menunjukkan muka depan akhbar The Star itu memaparkan dua tarikh yang sama namun dengan dua situasi berbeza menimpa Najib Razak.
Tarikh perbicaraan kes rasuah (3 April) katanya merupakan tarikh sama di mana Najib telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 iaitu tepat 10 tahun lalu. Fuh dejavu!
https://twitter.com/sumishanaidu/status/1112908091471757312
Perbicaraan kes mungkin AKAN DITANGGUH LAGI…
Menurut WORLD OF BUZZ, bekas pemimpin UMNO ini kini sedang berdepan dengan 7 pertuduhan bagi pengubahan wang haram, penipuan dan penyalahgunaan kuasa bagi salah guna dana berjumlah RM42 juta dari SRC International.
Pun begitu, menurut BFM News, kes perbicaraan Najib Razak mungkin akan ditangguh lagi kerana beliau telah memfailkan ‘semakan kehakiman’ terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan perbicaraannya melibatkan kes SRC International.
Datuk Seri Najib Razak's corruption trial tomorrow may be postponed. This is after the former prime minister filed a judicial review application against the Federal Court's refusal to grant him an order to stay the trial of his cases involving SRC International pic.twitter.com/9enrtZgr42
— BFM News (@NewsBFM) April 2, 2019
Menurut peguam Najib, tiada tarikh khusus yang ditetapkan untuk mendengar permohonan semakan tersebut.
Macam manapun, para wartawan dalam serta luar negara nampaknya sudah siap sedia ‘berkampung’ di mahkamah untuk mengikuti perkembangan kes tersebut.
Suratan atau kebetulan? Hanya Tuhan yang tahu…
Baca: “Bukan bisher bisher” – Netizen Dah Makin Rasa ‘Annoyed’ Dengan Tagline ‘Rempit’ Najib Razak?