Dua tiga hari ini, kerap kita mendengar kisah rumah tangga artis dan influencer yang berantakan dan antara yang menarik perhatian ramai adalah kisah influencer terkenal, Jofliam dan Cik Epal yang dikatakan kini di ambang perpisahan.
Seakan memberi hint mengenai kisah rumah tangganya, Cik Epal menerusi satu posting terbaru di Instagram mengesahkan perceraiannya dengan Jofliam.
Menurut Cik Epal, jodohnya bersama chef piza itu akhirnya terlerai selepas 10 tahun bersama.
10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.
“Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia,” tulisnya.
View this post on Instagram
Tambah Cik Epal lagi, apa yang berlaku merupakan takdir yang telah ditentukan Allah SWT dan dia hanya mampu merancang namun Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka.
Artikel berkaitan: “Aku tak pernah ungkit” – Jofliam Nak ‘Let Go’ Jam Pemberian Cik Epal?
Artikel berkaitan: Jofliam Jawab Isu Status Perkahwinan, Sudah Lafaz Taklik Pada Cik Epal Tapi…
“Stay strong CE dan Jo”
Posting berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen yang bersimpati dengan apa yang terjadi dan mendoakan agar Cik Epal dan Jofliam baik-baik sahaja dalam melalui dugaan ini.
Sedih pulak baca. Semoga Cik Epal tabah.
Sumber: Instagram