in

10 Selebriti Malaysia Yang Cantik Walaupun Tanpa Mekap

Artis Mekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selebriti di Malaysia memang biasa dilihat lengkap dengan mekap apabila muncul di kaca TV mahupun ketika keluar melakukan hal sendiri. Namun, adakalanya ada antara mereka yang confident untuk tunjukkan muka tanpa memakai mekap.

Kulit mereka yang mulus buat orang ramai terpikat dan memuji kerana masih kelihatan cantik walaupun tanpa secalit mekap. Ini 10 selebriti malaysia yang cantik walaupun tanpa mekap.


 

1. Siti Nurhaliza

Bakal ibu yang telah mencecah usia 39 tahun ini masih kelihatan muda dek kerana memiliki wajah baby face. Siti bukanlah antara artis yang sering bermekap tebal kerana sentiasa kekalkan stail mekap yang simple dan mukanya tanpa mekap sering mendapat pujian. Patutlah Datuk K sayang!

Siti 1
sumber: instagram

 

2. Erra Fazira

Siapa yang tak kenal Erra Fazira ni. Dari dulu sampai sekarang, cantik je muka dia. Bila tengok tanpa mekap pun masih cantik. Apalah rahsia dia agaknya ye? Walaupun berusia 44 tahun, tapi muka Kak Erra ni pergh! Masih menawan.

Erra 1
sumber: instagram

 

3. Fazura

Fazura suka mengenakan solekan yang simple termasuklah ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini. Mempunyai kulit yang flawless dan fresh walaupun tanpa sedikit mekap, ramai yang tak putus memuji wajah isteri kepada pelakon kacak, Fattah Amin ini.

Fazura
sumber: instagram

 

4. Sari Yanti

Sari Yanti merupakan antara selebriti di Malaysia yang mempunyai wajah yang cantik dan ayu sentiasa. Jika dengan mekap, dia kelihatan menawan, tanpa mekap juga Sari masih nampak manis dengan kulitnya yang sangat flawless. Mempunyai wajah baby face, gambar selfie tanpa mekap suri hati pelawak, Jep ini sering mendapat pujian.

Sari
sumber: instagram

 

5. Diana Danielle

Isteri kepada pelakon Farid Kamil ini mempunyai muka yang ibarat memakai mekap walaupun tanpa perlu memakai mekap. Diana yang merupakan anak kacukan mat saleh memang ternyata mempunyai wajah dan kulit yang cantik seperti yang dapat dilihat di Instagram miliknya.

Dd
sumber: instagram

 

6. Nelydia Senrose

Adik beradik Senrose tak dinafikan memang cantik-cantik belaka. Namun, Nelydia nampak sangat menawan walaupun tanpa mengenakan mekap yang tebal. Kulitnya yang flawless membuatkan ramai gadis di luar sana yang ingin mendapatkan petua daripadanya.

Nelydia
sumber: instagram

 

7. Emma Maembong

Semua pun sudah mengenali Emma dan adik beradiknya yang menempa nama di dalam industri seni. Emma juga selalu dilihat tanpa mekap di dalam Instagram miliknya. Mana taknya, cantik weh muka. Haruslah confident nak selfie tanpa mekap.

Em
sumber: instagram

 

8. Izara Aishah

Pelakon cantik Izara Aishah yang baru berkahwin pada tahun lepas mempunyai wajah yang flawless dan segar dari awal berlakon sampailah sekarang walaupun tanpa mekap. Mempunyai muka yang manis, ramai yang jatuh cinta dengan wajah tanpa mekap Izara.

Izara Aishah
sumber: cari

 

9. Mira Filzah

Si cantik manis ni bukan sahaja cantik, malah dia juga merupakan antara artis Malaysia yang bijak. Mendapat pelbagai tawaran berlakon dan aktif juga sebagai pengacara, Mira Filzah tidak segan untuk menunjukkan mukanya tanpa mekap.

Mira
sumber: blog

 

10. Ain Edruce

Pelakon Kekasih Paksa Rela ini memang kelihatan cantik apabila memakai mekap. Namun, Ain tak pernah malu nak muat naik instastory dengan keadaan wajahnya tanpa memakai secalit solekan. Kalau dilihat dengan mekap atau tanpa mekap, Ain tetap kelihatan menawan.

Ain
sumber: instagram

Dorang ni memang cantik-cantik belaka walaupun tanpa mekap. Apalah petua dorang untuk kekalkan kecantikan biarpun sering memakai mekap.

Baca: 10 ‘Beauty With Brains’ Bebas Kontroversi Buruk Pilihan Lobak Merah

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.