in

10 Pelajar MRSM Buli Kawan Dah Kena Buang

Ft Pelajar Dibuli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan tular video pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Perak yang menimbulkan kemarahan ramai.

10 pelaku yang sebelum ini telah digantung berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan oleh Jawatan Disiplin Maktab (JDM) terkini telah ditamatkan pengajiannya.


Keputusan itu dibuat oleh pihak JDM sendiri setelah mengkaji kes tersebut dengan teliti, mStar Online melaporkan ia berkuatkuasa pada Selasa.

“Pihak Mara mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar-pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan Mara, IPMA mahupun tajaan Mara.” Kata Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf.

Tambah beliau, ibu bapa pelajar tersebut telah dimaklumkan mengenai hal ini dan ia dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

“Keputusan ini kita harap ianya bukan sahaja menjadi satu pengajaran kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga kepada pelajar-pelajar lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah Mara.”

“Kita di Mara tentunya hendak melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga mempunyai sahsiah diri dan tingkah laku peribadi baik dan diterima oleh masyarakat.”

Beliau turut menegaskan pihak Mara komited dalam menangani kes-kes buli dengan memperketatkan SOP, melalui penguatkuasaan peraturan sekolah.

Baca : Kes Buli MRSM: Polis Sahkan Mangsa Dibuli Kerana Tegur Rakan Tonton Video Lucah

2 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.