in

10 Lokasi Paling Banyak Digunakan Untuk Penggambaran Filem Di Seluruh Dunia

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Industri perfileman di Amerika yang sering dipanggil sebagai Hollywood telah memberi kesan kepada industri filem di seluruh dunia sejak awal 20-an dan namanya juga telah menjadi inspirasi untuk negara lain seperti India (Bollywood) dan Nigeria (Nollywood).

Jadi tak hairanlah bila satu kajian mendedahkan lokasi paling popular dan paling banyak digunakan untuk penggambaran filem, Amerika mendominasi senarai ini. Jadi, untuk artikel kali ini, apa kata kita tengok destinasi mana yang paling banyak digunakan untuk penggambaran filem dan yang paling banyak muncul di layar perak.


Lokasi yang disenarai dekat bawah ni turut mengambil kira penggambaran filem, rancangan TV, dan dokumentari. Jom!

Artikel berkaitan: Minat Filem Madu 3? Korang Boleh Menginap Di Rumah Lokasi Penggambaran Filem Itu Di Singapura

Artikel berkaitan: Ini 4 Lokasi Di Muka Bumi Yang Pernah Dilaknat Allah & Makruh Dikunjungi Umat Islam

10. Nigeria, Afrika

Still

Ada banyak cara untuk kita jelajah Nigeria dan antaranya adalah melalui industri perfilemannya yang besar. Nollywood, filem industri Nigeria yang sedang meningkat naik ini menjanjikan perjalanan sinematik yang luar biasa melalui budayanya yang pelbagai serta landskap pemandangan yang cantik.

Bandar-bandar utama negara ini seperti Lagos, Abuja dan Port Harcourt dikenali dengan kemeriahannya menjadikan ia lokasi yang sempurna untuk produksi Nollywood.

Kebanyakan filem Nollywood biasanya berpangkal di Lagos menjadikan ia salah satu lokasi yang paling banyak difilemkan iaitu sebanyak 80 filem.

Adamawa juga salah satu lokasi yang popular di Nigeria ekoran tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Untuk pengetahuan korang, sebanyak lebih dari 2,500 filem telah dihasilkan setiap tahun di sana tau!

9. Jepun, Asia

Mv5Botc4Odqyntg1Mv5Bml5Banbnxkftztcwndk3Mta0Oq@@. V1

Dipanggil sebagai hōga, industri filem Jepun adalah salah sebuah industri tertua dan terbesar di dunia. Selain Gunung Fuji yang telah menjadi salah satu lokasi perfileman paling popular di Jepun, Pulau Yakushima dari filem Princess Mononoke juga merupakan salah satu lokasi popular untuk penggambaran filem di Jepun.

Malah, beberapa filem terhebat Hollywood telah pun dirakamkan di Jepun dan kebanyakan dari lokasinya memang boleh dilawati.

Beberapa filem seperti Memoirs of a Geisha, The Wolverine, The Last Samurai adalah beberapa contoh klasik kenapa lokasi-lokasi di Jepun ini telah menjadi pilihan pembikin filem.

Jepun juga telah mengeluarkan banyak filem di mana pada tahun 2023, sebanyak 1,232 filem telah dikeluarkan di pawagam negara itu.

8. Syria, Asia

Chan

Ibu negara Syria, Kota Damascus merupakan bandar purba yang dianggap antara bandar tertua yang berterusan didiami dan turut tersenarai sebagai Pusat Warisan Dunia UNESCO.

Walaupun baru-baru ini kawasan tersebut telah menjadi tumpuan utama konflik peperangan, sebelum ini Damascus merupakan pusat budaya dan komersial yang penting ekoran kedudukannya yang berada di antara Afrika dan Asia.

Damascus dan Syria telah digunakan sebagai lokasi untuk dokumentari. Pembikin filem dari serata dunia telah datang untuk membuat penggambaran di Syria ekoran lokasinya yang eksklusif kerana terdapat runtuhan purba, masjid, biara, landskap padang pasir, gunung dan pantai.

Kalau korang nak tahu, filem klasik Hollywood, Lawrence of Arabia telah dirakamkan di Syria tau.

7. Chile, Amerika Selatan

081105 Quantum 11A

Sejak akhir-akhir ini, filem dari Chile telah meningkat naik dan sering memunculkan diri dalam festival filem antarabangsa. Salah satu lokasi yang popular digunakan untuk penggambaran adalah Padang Pasir Atacama yang terletak di bahagian utara Chile.

Padang pasir ini mempunyai pelbagai rahsia dan sangat tersembunyi, jadi ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem tempatan mahu pun antarabangsa.

Antara filem popular yang telah membuat penggambaran di Chile termasuklah Quantum of Solace, Spy Kids dan Gun Shy.

6. Ecuador, Amerika Selatan

Proofoflifepic

Negara Ecuador ini mempunyai beberapa landskap dan pemandangan yang sangat cantik sehingga ia berjaya menarik minat pembikin filem di seluruh dunia untuk membuat penggambaran filem dan dokumentari.

Antara lokasi yang terkenal sebagai tempat penggambaran termasuklah Pulau Galapagos, Amazon, Andean Sierra serta gereja-geraja penjajahan Sepanyol.

Dengan pemandangan semulajadi yang cantik, Pulau Galapagos menjadi lokasi paling popular di Ecuador untuk ramai pembikin filem dari seluruh dunia. Mana tidaknya, tempat ni mempunyai pantai yang bersih, air biru jernih serta tempat yang penuh dengan pelbagai hidupan liar.

Antara filem popular yang pernah membuat penggambaran di Ecuador termasuklah, Proof of Life, Maria Full of Grace dan Clear and Present Danger.

5. Sepanyol, Eropah

97077105 Ryangodfrey

Sepanyol merupakan nombor lima dalam senarai lokasi penggambaran paling popular di dunia. Kalau korang peminat filem-filem Spaghetti Westerns kebanyakan darinya dirakamkan di Sepanyol seperti di Cabo de Gata dan Andalusia.

Sepanyol mempunyai landskap pemandangan yang luar biasa, tempat warisan bersejarah, hutan yang tebal serta padang pasir yang telah menarik minat ramai pembikin filem.

Antara filem popular yang dirakamkan di Sepanyol termasuklah The Good, The Bad and The Ugly, Knight & Day serta Tomorrowland.

4. Afghanistan, Asia

Lone Survivor 612X380 1 Cf3Bb1E0B5Dd48628Eaa4C1F7A8A09A2

Mempunyai kredit lokasi sebanyak 113 di Imdb, Kabul di Afghanistan telah mendapat tempat ke-4 sebagai lokasi penggambaran yang popular.

Filem Kandahar telah membawa industri filem Afghanistan ke Festival Filem Cannes untuk pertama kali dalam sejarah pada tahun 2001.

Walaupun agak sukar untuk menjalani proses bagi mendapatkan kelulusan untuk membuat penggambaran di Afghanistan, tempat ini tetap menjadi lokasi pilihan pembikin filem. Salah satu sebabnya juga sebab kos di sana yang agak rendah.

3. London, UK

Rev 1 Won Cc 0005 High Res Jpeg.jpg

Memang tak hairanlah kalau London telah menduduki tempat ketiga dalam senarai ni. Mana tidaknya, sama ada filem Hollywood, Bollywood atau filem Malaysia sekali pun mesti ada menggunakan London sebagai lokasi perfileman.

Kalau korang nak tahu, beberapa tempat di London ni memang percuma je kalau nak buat penggambaran tapi pada masa yang sama perlu dapatkan keizinan dari sumber yang betul. Beberapa tempat terkenal untuk penggambaran filem termasuklah, Big Ben, Buckingham Palace, London’s Bridge dan banyak lagi.

2. Niagara Falls, Kanada

43859D90 3862 40E1 9Cba

Walaupun Amerika Syarikat dan Kanada kongsi pemilikan Niagara Falls, bahagian air terjun di Kanada dianggap lebih cantik dan menarik.

Niagara Falls di Kanada mempunyai sebanyak 142 kredit di Imdb sebagai lokasi penggambaran untuk filem, rancangan TV dan dokumentari. Malah beberapa babak ikonik dalam filem juga telah dirakamkan dengan berlatar belakangkan tempat ini.

Antara filem popular yang pernah menjalani penggambaran di sana adalah Niagara, Superman II dan Trapped in Paradise.

1. Central Park, New York

Screen Shot 2018 09 13 At 4.53.15 Pm

Dianggap sebagai heart of New York City, Central Park telah menjadi lokasi penggambaran untuk beratus-ratus filem, rancangan TV dan dokumentari menjadikan ia sebagai lokasi paling banyak digunakan untuk penggambaran di dunia.

Walaupun Hollywood berpangkalan di Los Angeles, California, Central Park telah menjadi pilihan ramai pembikin filem ekoran landskapnya yang cantik serta ia juga percuma untuk dilawati.

Antara filem popular yang menjalani penggambaran di Central Park termasuklah, Spider-Man 3, Night at the Museum, Friends with Benefits, Wall Street dan Avengers.

Sumber: Business Day

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.