in

10 Fesyen Raya Pelik Mendapat Kecaman Netizen di Media Sosial

Baju Pelik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda bukan main bersemangat beli baju raya secara pre-order di butik terkenal sejak sebelum Ramadan lagi. Tapi yang buat anda sakit hati, tup-tup anda ditegur kerana memakai fesyen baju raya yang pelik. Grr!

Mungkin bagi sesetengah orang, pakaian tersebut nampak bergaya. Tapi bila ditengok lebih dari tiga kali dah nampak macam nak buat peragaan di fashion show saja. Ops! Tak sesuai langsung untuk ke majlis sambutan hari raya yang santai.


Adakah anda tergolong di antara mereka yang memakai fesyen baju raya pelik?

Berikut kami kongsikan 10 fesyen baju raya pelik yang pernah mendapat kecaman netizen:

1. Baju Melayu Hipstur

Ciikw3Lveaaq3Ar
sumber: twitter

Sekilas pandang dah macam referee dekat atas padang bola pula! Memanglah nampak menonjol dari baju Melayu biasa yang hanya sewarna sahaja. Tapi macam tak kena pula apabila baju belang-belang begini digayakan dengan sampin warna kuning.

Ccn3H0Lumaarj0Y
sumber: twitter

Malah gaya sampin dan seluar yang agak ketat itu membangkitkan persoalan bagaimana para lelaki ingin menunaikan Solat Aidilfitri nanti? Tak terkoyak ke di punggung semasa sedang rukuk atau bersujud? Opss!

 

2. Jubah Pahlawan

Jubahpahlawanfarbel2902
sumber: malay mail

Saat fesyen ini mula tular di laman media sosial, ramai yang mengecam rekaan baju dari Farbel Exclusive ini sebagai pelik dan menggunakan rona warna yang keterlaluan. Masakan tidak, abang sado dengan gaya gagah memakai jubah warna merah jambu, hijau pucuk pisang dan kuning laksana rona warna jubah wanita pula.

Jubah Pahlawan Fan Art 03
sumber: rojak pot

Kecaman memuncak sehinggakan ada di antara netizen menyamakan peragawan yang menggayakan jubah ini seperti rupa pisang. Aduh, kesian! Bertabahlah abang sado. 

 

3. Baju Raya Hello Kitty

C9Tbsmuv0Aardzq
sumber: twitter

Peminat animasi Hello Kitty? Anda mesti dapatkan baju raya ini! Jangan lupa ajak rakan atau saudara anda yang lain untuk sedondon bersama semasa berkunjung ke rumah rakan taulan nanti.

Koleksi Baju Raya Hello Kitty 5
sumber: lekat lekit

Mesti anda yang paling menyerlah antara saudara atau rakan-rakan single lain. Barulah ada yang cemburu tengok anda melaram tahun ini. Eh?? 😛

 

4. Baju Raya Ala Hollywood

Baju Raya Seksi 3 1
sumber: chempedak cheese

Amboi! Ini baju raya ke, baju nak ke majlis cocktail ataupun anugerah Grammy? Baju raya seksi rekaan Fatimah Mohsin ini telah mendapat kecaman dari netizen yang berpendapat ia sangat tidak sesuai dengan maksud sebenar Aidilfitri.

Baju Raya Seksi 2 1
sumber: chempedak cheese
Baju Raya Seksi 1 1
sumber: chempedak cheese

Walaupun cantik, mohon jangan pakai semasa berkunjung ke rumah pak haji. Mahu tak senang duduk pak haji dibuatnya!

 

5. Kurta Baju Kurung

Kurta Kurung 0107
sumber: malay mail

Sekilas pandang dah macam baju kurung yang orang perempuan selalu pakai. Corak yang pelbagai, warna pun boleh tahan menarik. Eh tapi kenapa pula lelaki yang pakai?

380 10155411810864572
sumber: oh! Media!

Sungguhpun menurut perekanya, Waridi Hamdan yang kurta tersebut tidak disertakan dengan kain, namun pengguna punya hak untuk menggayakannya dengan cara yang tersendiri. Erm, tapi korang nak ke husband korang pakai ni di depan mak bapak korang nanti?

 

6. Baju Melayu Wanita

Cmcf4Xtvuaac3Zk
sumber: twitter

Kalau lelaki nak mencuba pakai baju kurung, kini wanita pula nak pakai baju Melayu lelaki. Aduh, makin pelik-pelik korang ni tau! 

Cmcf2Gyueaa97Ut
sumber: twitter

Kalau berani, cubalah pakai semasa bertemu bakal ibu mertua nanti. Mesti dia terpesona tengok gaya lain dari lain korang. Acah je tau, jangan ikut pula tips yang ini! Hehe tak memasal kena rejek dengan bakal mertua!

 

7. Baju Raya Uniform Kedai Mamak

132903Ewiwdhm6Vnwqwpad
sumber: cari

Walaupun baju raya seperti ini sangat inovatif kerana ia siap menyediakan songkok yang sedondon dengan baju yang dipakai, namun gayanya teringatkan kita akan seseorang yang selalu melayan di kedai mamak.

Mamak
sumber: mau kerja

Dek kerana baju Melayu ini, tak pasal-pasal pula pelayan restoran mamak ini yang dapat nama. Femeslah you bang hari raya ini! 

 

8. Jubah Bertali Leher

Cly9Ik4Vaaalosd
sumber: twitter
732495 2
sumber: rojak daily

Ini gaya bagi mereka yang workaholic. Nak pergi pejabat tapi dalam masa yang sama hendak beraya juga. Apa ada hal! Pakaikan saja tali leher pada jubah anda. Baru bergaya!

 

9. Baju Raya Tema Warna Banduan

18581919 10209023467933665 4019234184834234364 N
sumber: facebook
19148918 10209023468213672 6127055533385490795 N
sumber: facebook

Rekaan baju raya terbaru ini memang cantik pada mulanya sehinggalah ada yang menegur warnanya seakan-akan warna pakaian yang dipakai banduan. Eh iye ke? Kalau tak percaya tengok di bawah.

153842Qvzw5Js5Oos5Qu5U
sumber: cari

Kan sama? Sabar je lah!

 

10. Baju Raya Pesakit Mental

19030219 1575549099122986 1227421480691102880 N
sumber: facebook

Dalam banyak-banyak baju raya, inilah yang paling sedih. Serupa sangat dengan pakaian pesakit di hospital atau mereka yang ditempatkan di rumah sakit jiwa. Harap-harap bagi yang memakai pakaian ini, janganlah pula orang ingat anda baru terlepas dari Hospital Bahagia.

Bersederhanalah dalam menggayakan baju raya. Nak melaram boleh tapi tengok majlis jugalah. Lebih cantik kalau berbusana tradisional asli. Lagi kacak dan manis tau! 

Baca: Wanita Tegur Ibu Bapa Untuk Tidak Mengajar Anak Meminta-minta Duit Raya

Kira Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.