in

10 Acara Pembukaan Olimpik Paling ‘Best’ Sepanjang Zaman, Korang Suka Yang Mana?

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembukaan Sukan Olimpik ke-33 pada Jumaat lalu di Paris telah menjadi perbualan netizen di media sosial sehingga hari ini. Malah, ada yang menganggap pembukaan yang disaksikan oleh berbilion orang di serata dunia ini sebagai yang paling ‘”teruk” dalam sejarah Olimpik.

Upacara yang bermula dengan perarakan atlet-atlet yang mewakili negara di atas kapal merentasi Sungai Seine ketika hujan lebat ini turut menampilkan persembahan beberapa artis terkenal termasuk Lady Gaga dan Celine Dion.


Namun begitu, beberapa pertunjukan ketika upacara ini yang melibatkan persembahan dari golongan LGBT, pemancungan Mary Antoinette dan penciptaan semula The Last Supper ini telah dianggap sebagai tak menghormati sensitiviti agama dan atlet-atlet dari negara yang lain.

Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita throwback balik beberapa Upacara Pembukaan Olimpik yang dianggap paling best sepanjang zaman. Jom!

Artikel berkaitan: “Sukan menyatukan” – Rakyat Malaysia Ramai-ramai Tengok Perlawanan Badminton Olimpik Buat Netizen Terharu

Artikel berkaitan: “Satu dewan bangun” – Netizen Terharu Lihat Reaksi Penonton Rai Kemenangan Pearly-Thinaah Di Olimpik Paris

10. Los Angeles, 1984

Memang banyak perkara-perkara menarik yang berlaku ketika Upacara Pembukaan yang dijalankan di Amerika Syarikat ini. Antaranya, penonton dapat melihat sendiri Etta James menyanyikan lagu When the Saints Go Marchin In dan tentera Amerika Syarikat membuat formasi bentuk cincin Olimpik.

Selain itu, penonton juga dapat menyaksikan penyalaan obor oleh pemenang pingat dekatlon, Rafer Johnson serta yang paling menarik, apabila seorang lelaki, Bill Suitor telah dibayar dengan bayaran US$1,000 untuk memakai jetpack yang dipanggil sebagai rocket belt untuk terbang di dalam stadium.

Acara pembukaan ini kemudiannya diakhiri dengan pelepasan belon-belon ke udara. Simple yet meaningful!

9. Seoul, 1988

Upacara Pembukaan Olimpik yan berlangsung di Seoul telah dipenuhi dengan acara-acara menarik seperti persembahan taekwondo serta sekumpulan skydiver yang turun ke stadium dan membentuk cincin Olimpik serta persembahan gendang Korea.

Namun begitu, upacara ini tetap akan diingati dengan satu insiden di mana pelepasan burung merpati telah dibuat dan burung-burung tersebut tak terbang seperti yang dijangka malah hanya bertenggek di kawah. Jadi, apabila bekas atlet Korea menyalakan obor ke kawah tersebut, penonton dapat melihat burung-burung ini telah dibakar hidup-hidup!

Insiden ini telah mengundang kemarahan banyak pihak sehingga Olimpik telah membatalkan acara pelepasan burung ketika Upacara Pembukaan selepas tahun 1992. Alamak!

8. London, 1948

Olimpik 1948 yang diadakan di London, UK ini telah diadakan pada 29 Julai 1948 di Stadium Wembley. Untuk pengetahuan korang, Olimpik pada tahun ini merupakan satu upacara penting kerana ini merupakan Olimpik pertama yang dijalankan selepas 12 tahun direhatkan kerana Perang Dunia II di mana sebelum ini Olimpik telah dijalankan di Berlim pada 1936.

Ketika upacara ini, sebanyak 59 negara telah mengambil bahagian dengan bilangan atlet seramai 4,104. Upacara ini turut termasuk ucapan dari King George VI yang telah merasmikan sukan tersebut dan bacaan Ikrar Olimpik yang diketuai oleh kapten atlet British Donald Finlay.

Olimpik 1948 ini juga sering disebut sebagai ‘Olimpik Jimat’ ekoran keadaan ekonomi yang teruk selepas perang sehingga Olimpik ini dibuat dengan memberikan tumpuan kepada kesederhanaan dan penjimatan kos.

7. Athens, 2004

Upacara Pembukaan Olimpik pada 2004 telah dijalankan di Athens, Greece. Majlis ini telah disambut dengan tema olimpik kuno dan moden. Upacara ini dimulakan dengan countdown diikuti dengan penyalaan pokok buah zaitun yang besar melambangkan Greece dan beberapa persembahan artistik yang menampilkan sejarah, mitologi dan budaya negara ini.

Mereka juga turut menampilkan Tiesto yang telah menjadi DJ pertama bermain di Upacara Pembukaan Olimpik dengan memainkan irama trance dari runut bunyi Parade on Nations.

Selain itu, penonton di Amerika Syarikat juga dapat menonton semua ini dalam HD untuk pertama kali dalam sejarah!

6. Tokyo, 1964

Upacara Pembukaan Tokyo, 1964 merupakan Olimpik pertama yang dibuat di Asia dan merupakan Olimpik pertama disiarkan secara berwarna dan secara langsung di seluruh dunia. Sekaligus menunjukkan kemajuan Jepun dalam bidang telekomunikasi dan siaran.

Upacara ini telah dijalankan di Stadium Negara Tokyo yang baru dibina dan direka untuk menunjukkan pemulihan dan permodenan Jepun selepas Perang Dunia II.

Malah nyalaan kawah Olimpik yang juga merupakan sorotan utama upacara ini telah dibuat oleh Yoshinori Sakai iaitu atlet muda yang dilahirkan di Hiroshima pada hari bom atom dijatuhkan di sana sebagai simbolik melambangkan keamanan dan keadaan negara ini selepas perang.

Beberapa persembahan dan muzik tradisional Jepun seperti gendang Jepun turut dibuat bagi menunjukkan kekayaan budaya di sana.

5. Barcelona, 1992

Salah satu acara yang paling diingati ketika Upacara Pembukaan Olimpik di Barcelona pada 1992 adalah apabila, pemanah Paralimpik, Antonio Rebollo telah memanah panah berapi ke dalam kawah untuk menyalakan kawah tersebut. Ia telah menjadi imej ikonik penyalaan kawah untuk Olimpik 1992 ini.

Selain itu, upacara ini juga turut menampilkan artis terkenal seperti Montserrat Cabellé dan Freddie Mercury.

Upacara pembukaan ini juga telah dianggap sebagai salah satu upacara yang berjaya dan paling diingati dalam sukan Olimpik.

4. London, 2012

Upacara Pembukaan Olimpik 2012 yang dijalankan di London ini telah diarahkan oleh Danny Boyle dengan upacara berjudul Isles of Wonder untuk meraikan sejarah, budaya dan pencapaian British.

Upacara ini dimulakan dengan deringan loceng harmoni terbesar di Eropah diikuti dengan bendera Union Jack dikibarkan dan lagu God Save the Queen.

Ia juga turut memberi penghormatan kepada Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) dan sastera kanak-kanak British di mana jururawat dan kanak-kanak telah menari mengelilingi katil hospital dan kemunculan beberapa karakter seperti Mary Poppins, Captain Hook dan Voldemort.

Beberapa persembahan yang menampilkan Sir Paul McCartney, James Bond dan Mr Bean turut memainkan peranan penting dalam upacara ini. Malah, Ratu Elizabeth II turut membuat kejutan dengan masuk ke dalam stadium menggunakan payung terjun.

Upacara ini berakhir dengan persembahan dari Sir Paul McCartney yang menyanyikan lagu Hey Jude dan turut meminta penonton dan atlet untuk nyanyi sekali.

Upacara Pembukaan Olimpik di London ni telah dipuji kerana kreativiti, lawak dan sambutan yang menunjukkan sejarah dan budaya British.

3. Atlanta, 1996

Upacara Pembukaan Olimpik 1996 di Atlanta merupakan acara yang sangat diingati ramai kerana ia juga turut menyambut ulang tahun ke-100 sukan Olimpic moden. Ia juga turut menampilkan budaya, sejarah dan inovasi Amerika.

Salah satu acara yang paling diingati adalah apabila lagenda tinju dan pemenang emas Olimpik, Muhammad Ali telah membawa obor dan menyalakan kawah Olimpik. Lebih terharu apabila ketika ini, Muhammad Ali telah pun didiagnos dengan penyakit Parkinson.

2. Sydney, 2000

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2000 di Sydney, Australia menampilkan tema “G’Day and Welcome,” yang menunjukkan sejarah, budaya, warisan orang asli, dan keindahan semula jadi Australia, dengan penekanan pada kesatuan dan perayaan.

Kemuncak upacara adalah penyalaan kawah Olimpik. Pembawa obor terakhir termasuk atlet terkenal Australia seperti Herb Elliott dan Betty Cuthbert. Kehormatan untuk menyalakan kawah diberikan kepada Cathy Freeman, seorang atlet orang asli dan pelari 400 meter, melambangkan perdamaian dan kesatuan.

Upacara pembukaan Sydney telah dipuji kerana pertunjukan artistiknya dan meraikan kepelbagaian budaya di Australia.

1. Beijing, 2008

Boleh dikatakan, buat masa sekarang tak ada lagi yang boleh menandingi kehebatan Upacara Pembukaan Beijing pada tahun 2009 yang lalu.

Mana tidaknya, mereka telah menampilkan pelbagai persembahan yang menarik dan di luar jangkauan termasuklah akrobat membuat persembahan setinggi 60 kaki di udara, penari berpakaian hitam menari sambil menulis karakter Cina seperti pen manusia dan bunga api berbentuk smiley face, semuanya ada.

Tak cukup dengan itu, terdapat juga persembahan gendang yang menampilkan pemain gendang seramai 2008 orang. Memang gempak habis!

Dikatakan, upacara ii telah menelan belanja sebanyak US$100 juta tau!

Sumber: TimeOut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.