Tak dapat dinafikan ramai orang di Malaysia terpaksa bekerja lebih dari waktu yang ditetapkan demi mendapatkan wang untuk bertahan dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing.
Tular satu video di TikTok memaparkan seorang pemuda sedang gigih menjual burger buatannya sendiri di sebuah tempat di ibu kota.
Jual burger dari meja ke meja
Cara pemuda tersebut menjual makanan itu bukan seperti kebiasaan peniaga burger lain yang membuka gerai kecil di tepi jalan. Pemuda itu telah pergi daripada meja ke meja para pelanggan di sebuah restoran bagi mempromosikan makanan tersebut.
Dia juga membawa beg galas untuk mengisi burger yang dijual sambil menegur beberapa pengunjung yang berjalan di kawasan itu lalu menunjukkan kertas iklan yang dipegang. Pemuda yang tidak lekang dengan senyuman itu nampak tenang sekiranya ada orang yang menolak untuk membeli produknya.
@abgmuliadi Tahniah anak muda, jam 1.30pagi masih gigih mencari rezeki. Bukan calang2 jual burger meja ke meja. #rajin #ramadhan2024 #raya #motivasi #burgerlover #burgerboys #hidupnikeras
Jam 1.30 pagi masih gigih cari rezeki
Pengguna TikTok @abgmuliadi yang memuat naik video tersebut memuji usaha pemuda yang menjual burger itu. Dia bagaimanapun telah menegur pemuda itu dan membantu mempromosikan burger yang dijual.
Tahniah anak muda, jam 1.30 pagi masih gigih mencari rezeki. Bukan calang-calang jual burger dari meja ke meja. – kapsyen video
Dalam video itu juga, Abang Muliadi mendoakan pemuda itu agar dipemudahkan urusan untuk berniaga.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha pemuda itu menjual burger seawal 1.30 pagi. Kata mereka, burger yang dijual itu sedap dan pemuda itu pernah membuka bisnes shellout namun kedainya sudah ditutup.
Murahlah burger homemade harga macam tu!
Sumber: TikTok