in

⁠”Tangguh dulu perhimpunan ‘Justice For Zara’ sehingga inkues selesai” – Peguam Ibu Zara Qairina

4zq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua bentuk perhimpunan aman berkaitan solidariti Justice For Zara diminta ditangguhkan sehingga prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir selesai sepenuhnya. Permintaan itu dibuat bagi menghormati proses kehakiman yang sedang berjalan.

Barisan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham menjelaskan, keluarga menghargai sokongan orang ramai melalui penganjuran perhimpunan aman dan sumbangan dana bagi menampung kos melantik pakar dalam pelbagai bidang. Namun, mereka menegaskan keutamaan kini adalah memberi ruang kepada mahkamah untuk meneliti keterangan dengan adil.


Screenshot 2025 09 13 at 2.56.59 PM

Pada masa sama, orang ramai turut diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika memberi ulasan atau kritikan di media sosial mengenai prosiding inkues. Langkah ini penting untuk mengelakkan risiko subjudis dan memastikan perjalanan inkues tidak diganggu oleh kenyataan yang boleh mencetuskan salah faham.

Peguam juga menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mungkin menggunakan slogan atau nama Zara untuk tujuan lain. Justeru, mereka menasihatkan semua pihak agar menunggu sehingga prosiding selesai sebelum meneruskan sebarang bentuk perhimpunan solidariti.

Prosiding inkues kematian Zara Qairina bermula pada 3 September lalu dan berlangsung selama 17 hari. Setakat ini, enam saksi telah dipanggil memberi keterangan, manakala dua lagi saksi dijadualkan tampil pada prosiding akan datang.

Sumber: Harian Metro

Baca: Saksi Dakwa Zara Qairina Dituduh Curi Duit Sebelum Kejadian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.