Para ibu bapa pasti ada skill masing-masing untuk tenangkan anak kecil mereka yang tantrum atau buat perangai. Mungkin ada yang distract dengan memberi gajet dan tak kurang juga yang menenangkan mereka dengan zikir atau selawat.
Ada satu video yang mendapat perhatian netizen berkaitan cara tenangkan bayi yang menangis. Dalam video ni, korang boleh tengok orang ramai dalam tren berselawat untuk menenangkan bayi yang sedang menangis. Korang boleh tengok video @localrkyt di bawah.
Nak pujuk baby nangis, semua pakat berselawat. Bagus je semua bersatu 🫶🏻 pic.twitter.com/aoHLMV4lNG
— 🇲🇾 (@localrkyt) December 9, 2023
Artikel berkaitan: Admin Rapid KL Muat Naik Pesanan ‘Patah Hati’ Buat Netizen ‘Bersimpati’
Artikel berkaitan: Tular Video Kononnya LRT Keluar Api, Rapid Rail Beri Penjelasan
Tak nangis dah
Memang sporting habis semua penumpang yang berselawat untuk tenangkan bayi yang menangis tu. Difahamkan kejadian ini berlaku selepas perlawan final antara JDT dan Terengganu. Walaupu berbeza pasukan yang disokong, penumpang dan penyokong tetap boleh membantu menenangkan bayi tu bersama.
Nanti dah besar sikit boleh tunjuk dekat baby tu. Ramai orang sayang dia sebenarnya, satu tren sayang dia sampai selawat sama-sama.
Itulah kan, biasanya ibu bapak je yang dodoi dan tenangkan kalau menangis. Ini amik kau, satu tren dodoi dengan berselawat. Memang terus diam lah dibuatnya.
Sekali dengar memang dah macam marhaban. Elok lah macam tu, walaupun berbeza pasukan yang disokong, tetap bersama join marhaban.