Berita baik untuk peminat sukan badminton tanah air! Hari ini, kita dapat meraikan kemenangan beregu campuran negara dalam Terbuka Korea.
Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei muncul juara selepas berjaya mengatasi pasangan China Guo Xin Wa dan Li Qian di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan pagi ini menurut laporan Astro Awani.
Bangkit selepas tumpas di set pertama 21-17, Chen-Toh mempamerkan aksi cemerlang selepas mengikat pasangan China itu di set kedua 21-13 sekali gus membawa perlawanan akhir itu ke set penentuan.
Artikel berkaitan: “Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama”- Datuk Lee Chong Wei
Momentum kemenangan di set kedua dibawa Chen-Toh selepas berjaya mendahului 13-8. Perlawaan ditamatkan dengan kemenangan berpihak kepada pasangan tanah air dengan mata 21-13.