Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, menyambut kedatangan Duta Besar Palestin, Nadya Rasheed, yang secara rasmi menyerahkan surat tauliah sebagai wakil diplomatik negara itu.
Memetik laporan Bernama, Kedutaan Palestin di Mexico menyatakan bahawa Nadya Rasheed berbesar hati mempersembahkan surat tauliah tersebut kepada Sheinbaum.
Pihak kedutaan turut menyampaikan penghargaan rakyat dan kerajaan Palestin atas sokongan Mexico dalam mempertahankan nilai kemanusiaan.
Artikel berkaitan: G-Dragon Buat ‘Comeback’ dengan Lagu Baharu, Peminat Puji Kerjasama Berani Dengan Label Palestin
Artikel berkaitan: Tanda Sokongan Tak Berbelah Bahagi, Majlis Bandaraya Copenhagen Namakan Semula Dataran Jadi Palestine Square
Pada Oktober lalu, Sheinbaum menegaskan pendirian negaranya dengan mengutuk keganasan yang berlaku serta menekankan bahawa Palestin perlu diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat, sama seperti Israel.
Menurutnya, pendirian ini telah lama menjadi dasar Mexico dan akan terus dikekalkan.
Ini merupakan kali pertama pemimpin baharu Mexico memberi kenyataan mengenai serangan berterusan Israel ke atas Palestin sejak mengangkat sumpah sebagai presiden.
Untuk rekod, sejak Oktober 2023, lebih 50,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh manakala lebih 112,000 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Gaza.