in

⁠Mengadu Panas & Tak Selesa, Atlet India Terima 40 Penyaman Udara Dari Kementerian Sukan India

Atlet India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persaingan atlet-atlet seluruh dunia dalam kejohanan sukan terbesar, Olimpik Paris 2024 sedang rancak dilangsungkan. Pun begitu, cuaca panas yang melanda ibu negara Perancis itu adalah salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh setiap atlet di sana.

Menyedari perkara itu, Kementerian Sukan India telah menghantar 40 unit penyaman udara untuk keselesaan atlet negara itu. Memetik laporan Astro Awani, kesemua kos penyaman udara yang dihantar itu ditanggung oleh Kementerian Sukan India.


Usaha ini bagi memastikan kesemua atlet negara itu selesa dan mendapat rehat yang lebih secukupnya bagi mempamerkan prestasi terbaik.

Artikel berkaitan: Atlet Filipina Jadi Yang Pertama Rangkul Pingat Emas Bagi Wakil Negara Asean Di Sukan Olimpik Paris 2024

Artikel berkaitan: Goh Jin Wei Terpaksa Pasang ‘Portable Aircond’ Sendiri, Netizen Pertikai Nasib Atlet Di Olimpik Paris

Screenshot 2024 08 04 at 2.59.18 PM

Usaha pihak kerajaan India itu dibuat selepas ramai atlet negara tersebut mengadu mengenai ketidakselesaan di Perkampungan Sukan Olimpik terutamanya kekurangan penyaman udara.

Menurut sumber, cuaca panas di peningkatan suhu dan kelembapan secara mendadak di Paris telah menyukarkan atlet yang berada disitu mendapat rehat yang secukupnya.

Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan antara Kementerian Sukan India, Pihak Berkuasa Sukan India (SAI), Persatuan Olimpik India (IOA), dan kedutaan India di Perancis pada Jumaat baru-baru ini bagi membincangkan isu ini.

Screenshot 2024 08 04 at 3.00.26 PM

Pihak-pihak yang terlibat dalam mesyuarat itu telah sepakat untuk membeli 40 penyaman udara di Paris untuk kegunaan atlet-atlet India di Perkampungan Sukan Olimpik sepanjang baki kejohanan itu berlangsung.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.