Baru-baru ini, kecoh dibincangkan di media sosial mengenai seorang calon STPM yang tidak ditawarkan tempat ke Universiti Malaya (UM) untuk kos Perakaunan meskipun calon tersebut telah mendapat 4.0 dalam peperiksaan STPM.
Susulan itu, pihak KPT telah tampil memberikan keterangan terperinci mengapa calon tersebut tidak layak untuk ditawarkan tempat di UM.
Walau bagaimanapun, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) pula telah menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam bagi jurusan ijazah, lapor Sinar Harian.
Perkara tersebut telah dicadangkan oleh presiden UMANY kerana menurut pihak mereka mendapati silibus STPM terbukti lebih mencabar dan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Cadangan oleh persatuan UMANY itu telah mencetuskan pelbagai reaksi terutamanya rekasi negatif daripada warganet yang tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
Universiti Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka pula telah menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh UMANY itu tidak mencerminkan pendirian rasmi Universiti Malaya.

Artikel berkaitan : KPT Bagi Keterangan Secara Terperinci Kenapa Calon STPM PNGK 4.0 Tak Layak Masuk UM
Artikel berkaitan : “Nak cemerlang macam mana lagi untuk dipilih” – Pelajar Raih ‘Pointer’ 4.0 Dalam STPM Kecewa Tak Diterima Masuk UM
Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman iaitu Naib Canselor Universiti Malaya telah menegaskan sedemikian dalam satu kenyataan media semalam.
Universiti Malaya sentiasa menjunjung tinggi kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampus, selaras dengan semangat keterbukaan dan intelektualisme yang menjadi asas sesebuah institusi pengajian tinggi.
Namun demikian, kebebasan ini perlu diiringi dengan rasa tanggungjawab serta pertimbangan yang wajar terhadap sensitiviti dan implikasi kenyataan yang dibuat, terutamanya yang melibatkan dasar awam, ” tegas beliau.
Sumber: Sinar Harian, Facebook Universiti Malaya