Mungkin benar kata orang kucing ada 9 nyawa. Kadang-kadang kita pun hairan tengok kucing ni berani dia lain macam. Panjat sana-sini, main dengan benda atau haiwan berbisa, tapi masih elok dan sihat lagi kan.
Kali ni min nak kongsi dengan korang kisah pasal seekor kucing di Belgium yang jatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan. Yang menariknya, kucing ini dah dua kali pernah jatuh dari tingkat 7, tapi masih bernyawa.
Memetik laporan Kosmo!, kucing yang diberi nama Kushi ini terpaksa dipakaikan balutan khas pada kedua-dua kaki hadapannya selepas terjatuh dari balkoni unit apratmen di Brussels, Belgium pada April lalu.
Kecederaan ringan sehingga menyebabkan kakinya dibalut itu hanya sekadar patah sebelah kaki dan terseliuh pada sebelah yang lagi satu. Doktor veterinar yang merawat Kushi memutuskan untuk tidak melakukan sebarang pembedahan untuk kecederaanya.
Tuan kucing tersebut, Feim Mehmed berkata, Kushi terjatuh dari tingkap balkoni ketika beliau keluar membeli belah. Ketika menemui Kushi, Feim menyangkakan haiwan peliharaannya itu mengalamai cedera teruk kerana jatuh dari tingkat tujuh. Namun, keadaan Kushi ketika ditemui adalah baik.
Hasil daripada balutan yang dibuat oleh doktor veterinar itu telah membantu Kushi untuk sembuh dalam tempoh 21 hari sahaja.
Baca: “My clingy baby” – Nabila Huda Menangis Kucing Kesayangan Hidap Penyakit Kronik Akhirnya ‘Pergi’