in

⁠Cubaan Rempuh Sekatan Jalan Raya Gagal, Lelaki Bawa Dadah Ditahan Polis

4polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki ditahan selepas cuba merempuh anggota polis ketika sekatan jalan raya di Chiku 3, Gua Musang, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 6.22 petang itu, pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) Cegah Jenayah menerima maklumat mengenai sebuah Proton Preve yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 42 Jalan Gua Musang–Kota Bharu. Ketika diarahkan berhenti, pemandu terbabit memecut laju dan cuba melanggar anggota bertugas.


Screenshot 2025 08 23 at 12.19.33 PM

Memetik laporan Astro Awani, seorang anggota melepaskan tembakan ke arah tayar belakang kenderaan bagi mempertahankan diri namun tidak mengenai sasaran. Suspek yang melarikan diri akhirnya berjaya diberkas selepas dikejar semula.

Pemeriksaan lanjut menemui dadah dipercayai syabu seberat 1.47 gram serta 33 biji pil yaba di dalam kenderaan. Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat tambahan supaya menghubungi pihak polis.

Baca: Polis Hadir Ke Rumah Caprice Untuk Serahkan Surat Panggil Saksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.