Hujan yang tidak berhenti untuk beberapa hari kebelakangan ini telah menyebabkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilanda banjir.
Malah, banjir kali ini dikatakan lebih teruk berbanding sebelum ini sehinggakan banyak rumah yang telah dimasuki dan ditenggelami air.
Melihat kepada perkara itu, seorang lelaki telah melakukan ikhtiar untuk menghalang air banjir dari masuk ke rumahnya dengan menggunakan dua bahan.
Bahan yang digunakan adalah papan dan tanah liat (plasticine).
Korang tengok lah video @mfariswan di bawah.
@mfariswan Kita ikhtiar & cuba. Alhamdulillah air tak masuk setitik pun . Geng2 yang terkesan dengan banjir , air masuk ikut pintu boleh cuba cara ni. Confirm jadi !
Artikel berkaitan: Khairul Aming Turun Padang, Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan
Artikel berkaitan: PMX Bekukan Semua Cuti Menteri Kabinet Berikut Banjir Yang Melanda Negara
Begitulah yang diikhtiarkan oleh lelaki ini. Dengan dua bahan yang mudah didapati, beliau berjaya menghalang air banjir dari masuk ke rumahnya.
Cara ini mungkin korang boleh gunakan bagi menghalang air banjir dari masuk rumah. Min rasa plasticine tu boleh beli dekat kedai-kedai peralatan rumah atau kedai alat tulis.
Kita buat lah sesuatu bagi melindung rumah kita dari dimasuki air banjir kan. Cuaca pun tak menentu sekarang ni, kerap hujan.
Apa-apa pun jaga diri korang ye!