Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian tanah jerlus di kawasan berhampiran Masjid India di ibukota Kuala Lumpur. Kejadian itu telah menyebabkan seorang wanita warga India telah terjatuh ke dalam lubang itu. Terkini, usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi mencari mangsa.
Kejadian seperti itu telah menimbulkan perasaan risau kepada semua rakyat Malaysia terutamanya peniaga yang mencari rezeki di Masjid India. Memetik laporan Astro Awani, seorang perniaga di kawasan itu mendedahkan bahawa mendapan jalan raya dikesan berhampiran lokasi kejadian pada bulan lalu.
Berkata kepada sumber, seorang peniaga buah-buahan di situ berkata, mendapan itu telah dibaiki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menerima aduan. Namun demikian, keadaan jalan yang dibaiki itu kelihatan ‘berombak’.
Peniaga buah itu juga berkata jalan yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian itu telah ditutup oleh pihak DBKL untuk kerja-kerja pembaikkan pada bulan lepas. Selepas selesai dibaiki, kenderaan berat seperti lori boleh menggunakan jalan itu seperti biasa.
Beliau juga berharap pemantauan rapi dan tindakan serius daripada pihak berkuasa perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian seperti baru-baru ini tidak berulang.
Baca: Tiada Petunjuk Baharu, SAR Mangsa Kejadian Tanah Jerlus Di Masjid India Diteruskan