in

⁠Lelaki Di Jepun Tarik Perhatian, Dibenarkan Masuk Ke Acara Ekspo Dunia 2025 Di Osaka Guna Tiket Tahun 1940

Featured Image 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekspo Dunia (World Expo) pada tahun 2025 ini diadakan di Osaka, Jepun bermula pada April lalu sehingga pertengahan bulan Oktober nanti.

Apa yang menjadi perhatian ketika Ekspo Dunia di negara matahari terbit itu ialah seorang pemuda telah mendapat akses masuk ke acara pameran dunia itu dengan menggunakan tiket Ekspo Dunia tahun 1940 iaitu 85 tahun lalu.


Menurut laporan The Guardian, pemuda tersebut yang dikenali sebagai Fumiya Takenawa telah membeli tiket acara ekspo dunia tahun 1940 tersebut secara dalam talian pada bulan Mac lalu.

Difahamkan, pemuda tersebut merupakan seorang yang gemar mengumpul koleksi barangan yang berkaitan dengan acara ekspo dunia itu.

Artikel Berkaitan: “Patuhi kod pakaian mengikut jantina” – Rupanya Dah Tertera Terma & Syarat Di Belakang Tiket AJL39?

Artikel berkaitan : Influencer Pakai Busana Seakan-akan Wanita Di AJL, Netizen Mohon JAKIM Ambil Tindakan Tegas

Pihak media Jepun baru-baru ini telah berkongsikan foto pemuda tersebut memegang tiket berkenaan.

4

Tiket itu yang pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1938 untuk acara ekspo dunia tahun 1940 itu tidak dapat digunakan untuk memasuki acara tersebut pada 85 tahun lalu kerana acara berkenaan dibatalkan akibat peperangan pada ketika itu.

Setelah pemuda tersebut membeli tiket acara tahun 1940 itu sebagai koleksinya, dia tertanya-tanya jika tiket yang masih belum digunakan untuk memasuki acara itu masih boleh digunakan untuk acara ekspo dunia yang dianjurkan pada tahun ini.

Nasib menyebelahi pemilik tiket tersebut kerana pihak penganjur membenarkan dia menggunakan tiket itu dan tiket itu ditukar dengan tiket baru untuk acara tahun ini.

Untuk pengetahuan semua, ekspo dunia atau World Expo merupakan acara yang dianjurkan untuk setiap negara yang menyertainya menunjukkan pencapaian, teknologi, budaya dan pelbagai perkara dari negara masing-masing kepada pengunjung acara tersebut yang datang dari seluruh dunia.

Sumber: The Guardian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.