in

⁠Enggan Berhenti, Polis Terpaksa Bergelut Dengan Suspek Sehingga Cedera Terkena Tembakan

2Tembak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang anggota polis dan seorang lelaki cedera akibat terkena tembakan ketika berlaku pergelutan dalam satu kejadian di Pusat Komersial Ba Zhong, Tawau, pada pagi Jumaat.

Insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu berlaku ketika dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Persisiran Pantai menahan sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih untuk pemeriksaan rutin.


Bagaimanapun, lelaki yang memandu kenderaan berkenaan, berusia sekitar 30-an, bertindak melarikan diri dengan meninggalkan keretanya sebelum dikejar dan berjaya ditahan oleh anggota polis tidak jauh dari lokasi tersebut.

Screenshot 2026 02 14 At 11.01.38 Am
Gambar hiasan

Ketika proses pemeriksaan dan tangkapan dijalankan, suspek dipercayai bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama sehingga tercetus pergelutan. Dalam keadaan itu, sepucuk pistol yang dipegang oleh seorang anggota polis terlepas satu das tembakan yang mengenai tangan kiri suspek, manakala seorang lagi anggota turut cedera di bahagian paha kanan.

Kedua-dua mereka segera dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui bahan disyaki dadah jenis syabu dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti latar belakang serta motif kejadian.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.