Semua pun sudah sedia maklum bahawa kisah rumah tangga penyanyi Ziana Zain tidak pernah dibicarakan olehnya demi menjaga privacy keluarga dan dia juga tidak pernah terpalit dengan apa-apa kontroversi mengenai perkahwinan sebelum ini.
Namun, baru sebentar tadi menurut Berita Harian, suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam di atas pertuduhan mencederakan anaknya.
Kejadian yang berlaku pada 25 Februari lalu melibatkan bekas pramugara itu yang telah memukul anak lelakinya menggunakan rotan sehingga mengakibatkan luka dan lebam. Dia kemudian ditahan polis selepas penyanyi Madah Berhelah itu membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Walau bagaimanapun, Armin mengaku tidak bersalah kerana tujuannya mengenakan hukuman rotan itu adalah untuk mengajar mengaji dan solat namun anaknya tidak faham.
“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.”
Armin juga menjelaskan bahawa dia memikul tanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital. Walau bagaimanapun, pengakuan tersebut tidak diterima oleh Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Armin kini didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya. Majistret telah menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan kes pada 4 April nanti. Pun begitu, Ziana Zain dilaporkan tidak menghadiri prosiding mahkamah hari ini.
Apa dah jadi niiii….?
Baca: Anggota Innuendo Digesa Tampil Ke Balai Polis, Aniaya Farid Kamil Dengan Dadah