in

“Mungkin ini balasan saya di dunia. Bukan saja ditimpa penyakit tapi suami juga tinggalkan saya…”

Jual Nasi Bungkus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk terpulang kepada jalan mana yang kita pilih. Walaupun perkara yang kita lakukan itu sudah lama berlalu, namun penyesalannya masih berbekas di hati sehingga kini.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normi (bukan nama sebenar) mengaku pernah mengaut banyak keuntungan berdasarkan hasil jualan nasi bungkus bertahun-tahun semasa bulan Ramadan, lapor Sinar Harian.


Katering Nasi Box Nasi Bungkus Nasi Kotak Murah Enak Surabaya 081 230 450 200
gambar hiasan

Menyesali dengan apa yang telah dilakukannya, Normi menganggap dugaan yang menimpanya kini adalah balasan dari perkara yang telah dilakukannya dulu.

Mungkin ini balasan saya di dunia. Bukan saja ditimpa penyakit tapi suami juga tinggalkan saya dan berkahwin lain.”

Dia yang kini terlantar sakit dan tidak mampu bergerak akibat ditimpa penyakit kencing manis menceritakan pengalamannya semasa giat menjual makanan di bulan puasa dulu.

Bulan puasa adalah bulan yang ditunggu-tunggu Normi kerana dia hanya perlu duduk di rumah saja dan pelanggan sendiri yang akan datang ke rumahnya untuk membeli nasi bungkus yang bernilai RM5 beserta lauk dan air. Lauk yang dijualnya pula berharga RM3 hingga RM5 sebungkus.

Jual Nasi
sumber: sinar harian

Malah demi untuk mengaburi pandangan orang akan aktivitinya itu, Normi juga menjual di bazar Ramadan walaupun keuntungannya sudah mencecah hampir tujuh ke lapan ribu sebulan. Wow! Gilalah! 

Selama bertahun-tahun saya buat kerja tu dan masa tu saya cuma fikirkan keuntungan semata-mata sebab tu sanggup jual nasi bungkus kepada orang tak puasa dan kebanyakan mereka ialah pekerja ladang yang buat kerja berat dan pekerja pembinaan.”

96F9B Posa 1
gambar hiasan

Walaupun rumahnya pernah diserbu penguat kuasa jabatan agama beberapa kali, Normi tidak takut malah memberi pelbagai alasan demi untuk mengelakkan dirinya dari ditangkap.

Pun begitu, semua berubah sejak tujuh tahun lepas. Normi jatuh sakit sehingga dia terpaksa berhenti berniaga.

Tujuh tahun lepas saya jatuh masa tengah memasak. Kaki saya luka dan lepas itu baru saya dapat tahu yang saya ada kencing manis. Saya terpaksa berhenti berniaga sebab keadaan kaki sekejap baik sekejap elok.”

Dulu duit berniaga saya banyak bantu suami tapi lepas saya tak berniaga saya tak berduit lagi dan suami pula tinggalkan saya. Dia kahwin lain.”

Duit perniagaan tersebut juga tidak bertahan lama.

Saya berniaga macam tu bertahun-tahun. Untung ribu-ribu tapi duit entah ke mana. Rumah tangga pun hancur. Mujur ada anak untuk menumpang kasih.”

Syukurlah dia sempat bertaubat dan menyesali segala perbuatannya. Kita pula bagaimana? Masih curi-curi beli nasi bungkus lagi ke?

Baca: Bekas Pekerja Kilang Dapat Ribuan Ringgit Hasil Upah Beli Makanan Untuk Rakan Ponteng Puasa

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.