in

Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa

Budak
Sumber: World of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak faham dengan ibu bapa yang sampai hati meninggalkan dan membiarkan anak mereka seolah-olah mereka itu satu objek.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditinggalkan bapanya di tadika. Ibu kanak-kanak itu juga dikatakan telah meninggalkannya bersama bapa sebulan lalu.


Menurut World of Buzz, Xiao Rong tinggal di Zhejiang, China bersama bapanya dan belajar di sebuah tadika di kawasan itu.

Pada 16 Mei lalu, bapa Xiao menghantarnya ke tadika tersebut pada waktu pagi seperti biasa, dan itu adalah kali terakhir dia berjumpa bapanya.

Dad1
gambar hiasan

Pada waktu petang, bapanya yang juga sentiasa menepati masa tidak muncul di tadika untuk menjemputnya.

Selepas menunggu selama setengah jam, Xiao mula meraung. Gurunya, Looi cuba hubungi bapanya namun telefon bimbitnya dimatikan. Guru itu malah cuba menghubungi bapanya melalui aplikasi WeChat, namun gagal.

Ketika guru tersebut membuka beg sandang kanak-kanak itu, mereka mendapati ianya dipenuhi dengan pakaian musim sejuk yang tebal. Merasakan sesuatu yang tidak kena, gurunya membawa Xiao pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah dikunci tanpa ada sesiapa di dalam.

Budak1 1
sumber: world of buzz

Xiao Rong kemudian dengan tenang memberitahu gurunya,

Bapa saya sudah pulang ke Gui Zhou.”

Selepas itu, dia berhenti menangis seolah-olah sudah menerima kenyataan bahawa bapanya telah meninggalkannya.

Guru itu kemudian membuat laporan polis dan menjaga Xiao Rong, buat sementara waktu.

Budak2
sumber: world of buzz

Keesokan harinya, guru lain di tadika itu cuba menghubungi ibu Xiao Rong tetapi respon yang diberi wanita itu sangat mengejutkan.

Ibu Xiao bukannya segera pulang mendapatkan anaknya itu, malah dia melepaskan tanggungjawab kepada bapanya, mengatakan dia mungkin akan dipukul jika pulang ke rumah.

Bapanya pula berkeras dan berkata jika ibunya tidak pulang ke rumah, dia tidak akan peduli tentang anak lelaki mereka. Dah kenapa dua-dua ni?!

Pada hari ketiga, pihak polis tempatan berjaya mengesan kedua ibu bapa Xiao Rong. Mereka mendapati bahawa keluarga itu mempunyai masalah kekeluargaan. Pihak polis juga mendapati bahawa ibu kanak-kanak itu mendapat pekerjaan di Gui Zhou manakala bapanya pula pulang ke kampung halaman.

Kedua ibu bapanya berjanji mahu datang ke balai polis untuk berdamai dan membawa Xiao pulang. Bagaimanapun, semalam, mereka masih tidak muncul.

Sehingga hari ini, Xiao Rong sudah ditinggalkan selama 8 hari dan apa yang menyedihkan adalah, dia seolah-olah sudah membiasakan diri hidup tanpa kedua orang tuanya.

Budak3
sumber: world of buzz

Kes sebegini sangat menyentuh hati apatah lagi berlaku kepada kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang serta perhatian ibu bapa.

Moga-moga ibu bapa Xiao selesaikan masalah dan berdamai supaya dia tidak lagi menjadi mangsa keadaan!

Baca: Kanak-kanak Perempuan Digantung dan Dipukul Bapa Kerana Koyak Dokumen Cerai

Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.